Technomeiji Rubber Sdn Bhd
Salam bersua Sahabatku dimana jua anda berada;
Lebih kurang sebulan aku ditugaskan di jabatan teknikal di TMR memegang tanggungjawab dan amanah besar sebagai jurutera teknikal. Aku sedar bahawa tugas aku bukan hanya untuk bekerja tetapi untuk belajar benda yang tidak diajar sewaktu aku di universiti dahulu. Andai aku rajin banyak aku akan pelajari setiap saat aku disini.
Kepada sahabat2 yang masih mencari lompong2 pekerjaan semoga berjaya dan terus berusaha untuk mencari ilmu didunia untuk akhirat kelak. Buku tebal yang kita tatang dulu bukan lagi rujukan yang setimpal. Alam pekerjaan tidak semudah yang kita semua sangka dulu. Jika dulu pointer yang tinggi menjadi sandaran tetapi sekarang tidak lagi. Kadang2 orang bawahan kita yang hanya lepasan SPM lebih ilmunya berbanding kita. Fikirlah dimana kita disaat itu? Fikiran kita berkata kononnya mereka akan mengata kita. Huhu...lupakan. Fikirlah dengan lebih positif. Teruskanlah kita belajar dari mereka biarpun (mungkin) jauh disudut hati malu menjelma.
"Hapus rasa segan belajar untuk terus maju"