Dec 23, 2010

Seronok bila disepak


entri pe ni..pelik je tajuk mana ada orang suke suki nak kena sepakkan
tapi ibu mesti suke kena sepak dengan baby dalam perut..indah pengalaman tu



nak tengok perut saya yang dah comei sekarang ni ???
tak la gemuk sangat tp tang perut tu je bulat
waktu ini ummi tak dapat wat kerja sebab baby sepak sangat kuat
kira OT, LEAVE..cek2 sikit sebab dah dah kena bagi payroll summary kat bos
tambah tolak pun silap, kira pun silap..
umminya tak dapat concentrate nak wat keje
semalam waktu ngaji Quran pun sama..tak tau kenapa rasa perut geli2
apa anak ummi buat dalam perut ummi..lompat2 ke??
hehe
bila dah keluar nanti mesti suke sepak2 juga kakinya ni..
syukur baby sihat
ummi balik kg buat kenduri doa selamat untuk kami dan baby..
semua orang doakan kami..
berusaha sayang ye..sikit lagi nak due kamu...
ummi abi sayang kamu

Nov 25, 2010

Makan2 Petang Nanti

Heehe...sambal nasi lemak minggu lepas ada lagi..tett...sudah sejuk beku ye dalam peti ais...hehe belum basi ye...

Petang ni nak buat kuih la kononnye..iaitu burger malaysia kegemaranku...setelah mencari resepi di tenet yang dihujung jari..ini lah hasilnye..dah hafal dah..dah print sebenarnye ye nak hafal jawabnye tak siap la kuih...huk3
Bahan2 banyak yang ada, dan ada yang tak ada..jadi kena la pergi aconsave petang ni ye
checklist barang yang tak de kat umah cume ;
  1. marjerin
  2. serbuk yis
  3. timun

sikit je kan..asalkan dapat makan untuk petang ni bersama suami..

---

Selepas jam 2.30ptng saya dah ada semua barang untuk persiapan petang ini...hehe cepat tak?? mentang2 bawa ferrari sekarang...tetttt..(walaupun ianya kancil shj tp si pemandu memandu mcm bw ferrari)

Selamat mencube!!

Nov 23, 2010

Persediaan Menjadi Ummi TerChomel di Dunia

Entri kali ini sebenarnya bertujuan untuk mengingatkan saya bahawa saya kena kumpul duit dan berjimat-cermat bermula dari sekarang. Biarpun saya belum tahu banyak benda tapi saya berniat sangat nak jadi IBU yang baik dan paling chomei buat anak2 (banyak anak la hajatnye tu). Perkara pertama ialah nak anak dapat kasih sayang yang tiada tandingan iaitu melalui mom & baby bonding iaitu BF(Breast Feeding) selama 2-3 tahun untuk si comei itu. Dan nak peluk dia setiap saat yang saya dapat bersama dengan dia biarpun saya bekerja (nak beli pouch/babywearing).


1) Baju Baby = RM1+.++ x 15pcs = RM150-RM285
2) Bag Baby (recycle bag yang ada) = FOC je
3) Cloth Diapers Promo Set (Lunatots) = RM340
4) Cloth Diapers (additional) = RM20 x 20 = RM400
5) Pouch = RM69-RM89.90
6) Supplement for BF mom = RM50

7) Nursing Bra = RM 39.90 x 5pcs = RM199.50
8) Katil Baby = RM300
9) Kelambu Baby = RM30

Buat masa sekarang, ini je la yang saya terfikir nak beli. Nanti kalau ada pembaca dan kawan2 nak tolong ingatkan saya bagitau lah ye.

Nov 22, 2010

LUNATOTS DAN DIYALUNA

Baru2 ini....tak la baru sangat kot..saya jumpe dgn kak sue shantek (cam slalu diwar2 kan di blognye) tp mmg la kak sue ni chantik dan comei sgt bagi saya..
Sape kak sue .. ngape nye tak kenal ke?? ibu2 akak2 yang kuar kt tv3 tu yang kiut miut bila bercakap tuh (kembang kak sue kalau dia tau). Yang penting kak sue berkongsi tentang breastfeeding dan CD (Cloth Diapers)

Saya dan suami tengah jalan2 di perkarangan Stadium Batu Kawan semasa Jom Heboh (kedai bukan dalam jom heboh tapi ada kat luar kat bahagian tepi kawasan Jom Heboh berlangsung). Mmg lama nk jumpe dan teringin nk jumpa kak sue dan pergi cawangan LUNATOTS di Sg Dua Penang tapi belum ada kesempatan..Tak sengaja waktu kami jalan2 tu dari jaaaawoh kami nampak booth yang merah menyala LUNATOTS. Wah seronok waktu tu rase nk lompat2 sib la peknen..hehe
Oleh kerana kak sue tersekat melekat dalam jammed nak masuk ke Batu Kawan so dia tiada di booth LUNAnya. Penjaga booth bagitau datang 30 minit lagi kalau nak jumpa kak sue. Dan saya dan suami jalan2 sampai la maghrib. Kami pergi solat dulu baru pergi sambung jenjalan lagi dan lagi.

Dah tu sebelum sampai booth kak sue saya telah terbeli baju yang murah dan comei untuk orang peknen. Yang penting ianya hanya RM5 sehelai. Soknye dah pakai dah baju tu dan mmg opismate pn kata ianya chomei sekali lebih2 lagi kalau jahit manik.. manik?? saya tak berape gemar tp anda mungkin gemarkannya.

Balik kepada entri ini..isk3 lari tajuk pulak..saya pergi semula ke booth kak sue shantik dan dari belakang pun mmg dah kenal dah dia yang mane satu sbb dia sorang je pempuan dan yang penting kasut dia yang mmg kenal pun sbb dalam blog pun ade gambonye neh. Haha marah pulak kak sue kalau dia tahu saya cerita sal dia disini.
*maybe acik su ni suka sgt pakai kasut ni sehingga ianya sentiasa keluar dalam blog acik su..kih3 lagi2 kasut yang same...Saya mmg suke sangat kat kak sue ni sampai hari2 mesti bace blog dia yang ada mcm2 entri yang comei bersama anaknye zikry dan dzakwan serta si dianya dan entri2 pink2nye. Semasa di boothnya kak sue dengan bermurah hati bercerita tentang CD dan macam2 dia share pada bakal ibu ini dan ada seorang lagi ibu yang mendengar bersama kami.

Sebelum balik kak sue minta HP no juga..katanya nk buat kelas di Penang..tak sabar nak tunggu..hehe semoga kak sue sihat dan dilimpahkan rezeki serta kebahagiaan tidak terhingga untuknye..

rubi : bak kata kak sue dalam blognye, mmg la kak sue ni comei orangnye dan sentiasa comei biarpun buzy body..eh buzy..hehe

Nov 3, 2010

HPA dalam pertimbangan

Pada 27 Sept 2010................ bermula satu permulaan antara perjuangan HPA dengan Ayam2 dikilang yang akan disembelih setiap hari. Aku berfikir adakah betul setiap proses di kilang aku ni? Semua orang pun kena berfikir macam aku bukan hanya fikirkan DUIT3..

Setelah seminggu bekerje biarpun alahan menghantui. Bau-bauan ayam menusuk hidung bisa membuatkan tekak aku loya yang teramat sangat. Tetapi pencarian tentang kehalalannya masih aku cari satu persatu. Setiap proses aku kaji menurut syarak. Aku pun membuat keputusan memberi mesej di FB tuan punya AYAM2 tersebut. Aku minta dia datang dan teliti kehalalan ayam. Bukan betujuan menindas orang tetapi hanya ingin memastikan. Was2 kan kurang elok. Jadi aku nak bagi pasti.

Tuan punya AYAM hanya hantar wakil dari panel syariah untuk memastikan tetapi peliknya bukan pihak yang mahir dengan ayam yang bawa masuk. Orang dia2 sendiri yang jadi pemantau yang tak berapa nak mahir tentang ayam yang pergi bawa masuk tempat proses ayam. Yang penting tanpa pengetahuan Penolong Pengurus Operasi kami. Isk3 kira menceroboh boleh juga ni.

Selesai sudah sesi lawatan, mereka2 masuk ke pejabat. Tetttt sesi mengumpat berlalu..kenapa kata mengumpat sebab orang yang diperkatakan tiada ditempat kejadian, kedua memburuk2kan orang lain di depan orang lain tanpa usul periksa. Mana boleh kalau berani cakap depan2. Ni kat depan macam tikus lari terus. Aku malas mendengar bebelan mereka2 aku pun telefon bos kata aku nak balik sekarang [dalam jam 11am]

Esok lagi2 drama berterusan sehingga berlaku malam pemutusan usahasama pemilik AYAM dengan si PEMPROSES AYAM. Hari ahad [cuti tau masa ni], tanpa belas kasihan pemilik AYAM2 kata lori akan datang ambil ayam. Ops kena kerja juga ke? Bos pun pening. Kami datang juga pejabat tunggu pemilik AYAM datang nak tandatangan surat dari. Saaaaaaaaaaampai pukul 9.30 pm masih tak nampak batang hidung pemilik berkenaan. Aku balik tapi 2 kawan lagi tunggu di pejabat.

Dalam pukul 11pm baru WAAAKIIIL dia datang. MAna dia pergi??? Tandatangan oleh wakil SAHAJA dan surat ditaip dipejabat kami tapi ditulis dari Pejabat Pengarah Urusan.. PENIPU!!! TUAN AYAM ADALAH PEMEGANG SAHAM SYARIKAT KAMI tetapi penarikan dibuat tanpa memahami perjanji kontrak kerjasama yang ditandatangi oleh TUAN sendiri. Penarikan bukan serta merta tetapi ada tempoh yang ditetapkan.

Macam SPY wakil PEMILIK yang dihantar ke kilang kami. Ayam2 diambil secara tiba-tiba pada hari cuti. Wang imbuhan RM150 diberi kepada orang bawa fork lift dan penolong pengurus kami. BOLEH PULA ADA WANG IMBUHAN?? Kalau sedekah bagi la semua orang yang datang buat kerja waktu tu. HAMPA DENGAN ---[fikir sendiri] buat kali pertama.

Rentetan dari itu tiba2 pihak KILANG AYAM pula membuat tuntutan terhadap kami kerana ayam rosak. Tetapi tuntutan dibuat secara anggaran sahaja [anggarkan 3 lori ayam rosak tanpa buat post mortem]. BOLEH PULA KALAU MAKAN DUIT BUKAN HAK KITA HARAM TAU.

Seterusnya TUAN yang berkenaan buat keputusan adakan mesyuarat. Kami semua berangkat ke Perlis. Mesyuarat juga tidak dihadiri oleh TUAN tersebut. Berjalan lancar tetapi penipuan tetap berlaku. Suatu hari pasti akan terbongkar juga. HAMPA DENGAN ---buat kali kedua.

Sampai ke hari ini penafian tetap dilakukan pihak tersebut sehinggakan kilang kami tidak beroperasi dan gaji pekerja tergantung belum berbayar.

Sila bertanggunjawab atas apa yang TUAN lakukan.

May 11, 2010

Mar 17, 2010

KeHiDuPaN yaNg BesT


"Bila ijazah dalam genggaman.........
rasa teringin nak naik pentas sebagai graduan Master pula"

IsK3 bersawang dah BloG yang cam BEST ni
Saja aku nak meng'up-date' serba sedikit tentang hidup selama beberapa bulan ini


Setelah membuat pemohonan untuk master in Mechanical Eng. (CAD/CAM)
aku juga jadi RA (pembantu penyelidik) sampai la aku dapat surat tawaran
dalam masa ni aku berusaha beli kereta kancil aku yang comei biarpun
second aku tetap bersyukur dah de kete sendiri
dalam bulan Feb aku dapat surat tawaran dari IPS

Tapi....
huhu aku tak cukup duit lagi nak daftar
sementara nak tunggu duit cukup aku pergi ambil kursus jahitan
jadi...kalau ada sesiapa nak tempah baju kurung leh la sms
atau datang rumah aku...batu kawan...
baju kurung RM30

untuk maklumat lanjut saya akan up-date dari masa ke semasa

Jan 19, 2010

Forum cabaran aqidah dan isu2 semasa umat Islam

"I am muslim"

Apakah kita Islam kerana kita benar seorang yang memahami Islam
atau kita Islam kita berketurunan melayu....

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin berguna..
Kalau kata nak berdakwah guna ayat 'power2'
Rasanya tak mampu
Tetapi setelah mendengar dorongan dari Tuan Haji Ayub Abdul Rahman
Tugas dakwah itu bukan hanya dilakukan ustaz dan ustazah di madrasah di sekolah2
Alhamdulillah saya terpanggil untuk berkongsi tentang sedikit permasalahan umat Islam hari ini

Biarpun kita dilindungi dibawah perlembagaan yang kukuh insyaAllah
pada pendapat saya tetapi kita leka dengan perlindungan yang diberi
Perlembagaan yang banyak membantu umat Islam dari pelbagai sudut
Iaitu disebut perkara ke3 bahawa Islam adalah agama rasmi perseketuan
disalah tafsir pada perkara ke4 apabila mana2 undang2 mesti menurut pada perlembagaan yang dianggap menolak Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama umat Islam
menurut pakar perlembagaan Malaysia Prof. Abdul Aziz Bari, sesekali perlembagaan itu perlu dilihat atau difikirkan dalam kontek yang membantu Islam kenapa isu yang tidak sepatutnya ditimbulkan semata2 kerana ingin memecahbelahkan negara kita.
Syukur kita kerana sekurang2 nya negara kita masih dilindungi dibawah perlembagaan..
Lakukanlah mana yang ada dulu, insyaAllah dari masa kesemasa perlembagaan itu pasti digubal mengikut peredaran semasa masyarakat dan umat Islam pada zaman tersebut dan sesuai pada zamannya

"Jangan berfikir asyik nak mewarna langit, sedangkan rumah sendiri pun tidak bertiang"

Mungkin dulu anda nampak kancil ialah haiwan tapi la ni kancil tu kereta
Itulah perubahan mengikut zaman yang saya perkatakan disini..

Bercakap tentang Islam...agama suci ini memang tidak dapat dipertikaikan biarpun
ada yang mencubanya...

Nama sebenarnya Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.
Beliau kini seorang pendakwah yang cekal menghadapi cabaran . Beliau bukan sahaja pernah menjadi mata dan telinga kepada paderi2 di Pulau Pinang pada seawal 17 tahun namun beliau pernah merantau untuk memesongkan akidah2 pengikut agama lain setelah bergelar paderi..
Kisah beliau dimasuk dalam entri lepas

Menurutnya sewaktu dia baru dilahirkan dia telah dituangkan air sejuk dikepalanya
untuk dibaptiskan oleh seorang paderi [ibu beliau memberitahu kepadanya apabila sudah besar]
Apa benda ini? Kalau anda saya tidak pasti pernah atau tidak perkataan ini tetapi kerana saya pernah berkawan dengan orang2 kristian di Sabah dahulu saya pernah dengar cuma caranya saya tidak tahu..

Mengikut agama ini bayi yang baru lahir itu mempunyai dosa warisan
andai kata bayi itu mati sebelum dibaptis akan masuk neraka
Ya Allah terkejut bila mendengarnya...
Bukankah baru lahir tiada satu dosa bagaikan kain putih
dan masuk syurga terus...
Sambung beliau dosa ini diwarisi dari Nabi Adam a.s kerana memakan buah epal [menurut bible] yang terdapat di syurga apabila disuruh oleh isterinya Hawa namun setelah memakannya mereka berdua dibuang ke bumi
Oleh itu semua bayi perlu dibaptis untuk menghapuskan dosa warisan ini

Seawal umur 4 tahun sebelum masuk sekolah tadika lagi ibu beliau telah memberitahu pada mereka kisah Nabi Allah S.W.T. seperti Prophet Jonah [Yunus], Yesus [Isa], Moses [Musa], Noah [Nuh] dan lain2..
Dia memberitahu andai pergi ke tadika kristian semua kanak2 pasti sudah tahu cerita2 ini tetapi dia agak terkejut kanak2 Islam masih tidak tahu kisah ini melainkan hanya bermain dan menonton doremon sahaja..
INI lah masalah kita umat Islam hari ini yang hanya mementingkan AKADEMIK anak2 dari AGAMA nya

Ada seorang bapa yang sangat sibuk begitu juga ibunya
Sebagai bapa yang berpendidikan tinggi dia juga bangga sekiranya anaknya mendapat keputusan yang cemerlang
Lalu dihantar anaknya ke kelas tambahan setiap hari tanpa menhiraukan waktu sembahyang
namun begitu anaknya dihantar ke sekolah agama untuk anaknya belajar solat dan lain2
kerana tiada masa untuk bapanya mengajar dan dia sendiri pun kurang bersolat
tetapi adakah anaknya mampu bertahan sebagai Islam jika ibu bapa pun sibuk mengalahkan YB
Dipendekkan cerita anaknya memang cemerlang gemilang terbilang dari segi akademik sehingga mendapat tawaran belajar di luar negara.
Di sana cabaran lagi besar bagi anak muda ini lagipun dia tidak memahami Islam
dalam kata lain kerana kelemahannya dia telah keluar Islam tetapi tidak diketahui keluarga
cuma ada yang bercerita kepada bapanya tetapi tidak dipercayai kerana dia kata anaknya sekolah agama dia tahu dia tak kan terpesong..
Setelah bertahun2 anak tetap tidak pulang..
Bapa menyuruh pulang kerana kebetulan nenek yang sakit ingin berjumpa cucunya..
Setelah dipaksa barulah dia pulang tetapi imejnya sikit berubah
rambutnya panjang bagaikan rambut Yesus seperti dibayangkan pada patung gereja2
Bapa tidak merasa apa2 kerana biasa orang muda suka berambut panjang
tetapi bila bapanya mengajak pergi ke masjid dia kata dia pergi sendiri
namun bila pulang bapa terkejut kerana kereta masih dirumah
Ditanya anaknya, dia menjawab aku pergi sembahyang hujung minggi di gereja pak jadi aku tidak pergi tadi..tanpa rasa bersalah anak menjawab

Kerana malu anak dikurung dirumah tetapi ibunya lepaskan anaknya pergi..
tidak tahu mengapa di pergi kerumah Tuan Haji Ayub
anak memanggil "Musa...Musa"
takut pula Tn. Hj. ingin membuka pintu kerana Musa baru ingin menunaikan solat subuh
beliau memanggil anaknya untuk melihat
"eh jangan buka pintu bahaya"
Disebabkan anaknya mengenali lelaki itu lalu dipergi juga buka pintu pagar
diajar minum sambil beliau menonton bicara mufti di TV
tiba2 terkejut kerana si anak memegang bahu sambil berkata
"cepat bertaubat Yesus sangat marah"

Sekarang anak itu telah diubati namun masih tiada perubahan
Kadang2 dia baik kadang2 dia kembali
Minta dijauhkan ia terjadi kepada anak2 lain Ya Allah
Semoga Allah memberinya peluang lagi...amin

apa pandangan anda tentang ini?
siapa salah?
anak2 kah?

setiap Jumaat akan diadakan Hari Hol untuk Yesus
dan perbagai juadah hidangan boleh disantap untuk semua orang
berhati2 kerana masanya adalah sewaktu solat Jumaat
anda nak makan sedap atau terlepas solat Jumaat

Nota: Semoga Allah S.W.T. beri kekuatan pada kami sekeluarga

NuR KaSih dari Allah S.W.T.

Ayub Abdul Rahman dulu paderi kini Daie


Oleh: SITI AINIZA KAMSARI
PADA 8 Ogos tahun lalu, seluruh umat Islam amat merasai kehilangan ulama besar dan pendakwah terkemuka Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang meninggal dunia dalam usia 87 tahun. Ramai beranggapan tidak akan ada Ahmed Deedat yang kedua selepas kematiannya itu.
Hanya Allahyarham sahaja yang mampu berdialog mengenai soal ajaran Kristian dan kitab Bible bagi tujuan menyerlahkan lagi kebenaran ajaran Islam itu sendiri.
Namun pertemuan penulis dengan seorang lagi pendakwah baru-baru ini tidak syak lagi mampu membuka lembaran baru mengenai ‘kemunculan’ atau pengganti Ahmed Deedat walaupun mungkin tidak sehebat Allahyarham.

Bahkan lebih menariknya, Ustaz Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.

Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.

Bagaikan jauhari mengenal manikam. Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu.
Namun sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan sehinggakan orang ramai tidak ragu-ragu memanggilnya “Ustaz” mahupun “Tuan Haji Ayub”.

Komitmen beliau yang begitu padu terhadap Islam terutama dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam mendapat penghargaan banyak pihak dan terbaru, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2005.
Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.

“Saya telah mempunyai kehidupan yang begitu sempurna semasa menjadi paderi” katanya ketika ditemui di Yayasan Jenderami, Dengkil, Sepang di Selangor baru-baru ini.
Kesempurnaan yang dinikmati dalam institusi gereja itu membolehkan Anthony mengecap kesenangan dalam hidup.


“Segala-galanya disediakan dan diberi percuma oleh pihak gereja. Daripada orang yang akan membasuhkan tandas kita sehinggalah pemandu dengan kenderaan mewah untuk membawa saya ke mana sahaja.

“Ini tidak termasuk tiket-tiket penerbangan kelas pertama ke hampir seluruh pelusuk dunia. Jadi saya tidak ada masalah sepanjang berkhidmat untuk gereja kerana apa sahaja yang dihajati akan segera dipenuhi,” katanya yang telah menjejaki 22 negara bagi menjayakan misionari Kristiannya.

Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa turut memberikan kepuasan kepada jiwa Anthony ketika itu. Pernah kata Ayub, beliau diminta mengampunkan penghuni kubur atas permintaan keluarga si mati.
Sehinggalah pada suatu hari berdasarkan pembacaan kitab Bible, perasaan beliau yang setenang air di kali selama ini mula terganggu. “Tanpa seseorang itu dibaptiskan, tidak memungkinkan seseorang itu menghuni syurga!”

“Apabila saya terbaca ayat itu, hati saya begitu terusik. Ini kerana secara tiba-tiba saya terkenangkan jiran-jiran saya di Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
“Mereka merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggakan saya masih ingat walaupun mereka menjalani ibadat puasa Ramadan, kami sekeluarga adalah orang pertama yang akan menerima juadah berbuka puasa mereka.
“Mereka tidak akan berbuka selagi kami tidak menerima juadah tersebut walaupun kami bukannya beragama Islam. Ia memang satu situasi yang mengharukan.
“Begitu juga apabila ada ahli keluarga saya sakit dan memerlukan rawatan segera ke hospital, jiran-jiran Melayu saya inilah yang akan bersusah payah menggunakan kenderaan mereka untuk membawa kami ke hospital dan mereka tidak pernah berkira.
“Saya kira mereka merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa” kata Ayub.
Apabila mengenangkan kebaikan jiran-jirannya itu dan ajaran Kristian, Anthony begitu terusik kerana kebaikan mereka itu akan berakhir dengan masuk ke neraka!
“Saya benar-benar sedih kerana mereka ini tidak pernah dibaptiskan maka tentunya mereka tidak akan layak masuk ke syurga Allah.
“Sehinggakan buat pertama kali saya memperkenalkan sembahyang malam yang sebelum ini tidak ada dalam cara orang Kristian beribadat. Ini kerana saya benar-benar memerlukan jawapan mengenai persoalan ini,” jelasnya.


Oleh kerana memiliki kunci pintu gereja maka pada suatu malam, dihadapan altar beliau sembahyang dan ‘merayu’ kepada tuhan supaya jiran-jirannya itu dikecualikan daripada memasuki neraka.

Namun bagi Anthony sudah sampai tahap dan masa untuknya mengubah akidah umat Islam itu sendiri.

Lantas beliau memohon kebenaran pihak gereja untuk mengkaji dan mendalami al-Quran yang bakal dijadikan senjata untuk melumpuh dan melemahkan umat Islam itu sendiri.
Permintaan Anthony segera dipenuhi malah pada tahun 1973 beliau dihantar ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkan paderi ini mempelajari Islam sebanyak mana yang beliau mahu.

“Pada mulanya untuk selama tiga bulan, tetapi saya lanjutkan sehingga enam bulan kerana telah direncanakan oleh tuhan, saya tidak menemui apa yang dicari kecuali jika terus mencari apa yang ditemui hanyalah keindahan Islam.
“Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.
“Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imraan: 85)
“Jadi, siapa sebenarnya yang akan rugi di hari akhirat kelak?,” katanya.
Menurut Ayub, adalah tidak mudah sebenarnya untuk beliau menerima Islam kerana dirinya sangat berpengetahuan dalam ajaran Injil itu sendiri sehinggakan banyak mengunjungi tempat suci orang Kristian di seluruh dunia. Peluang yang tidak diperolehi oleh penganut lain.
“Ditambah dengan persekitaran hidup dalam biara dan sentiasa dipantau oleh pihak gereja sehinggalah oleh pihak Vatican di Itali,” katanya.

Namun 4 September 1978 mencatatkan tarikh yang bersejarah apabila paderi ini akhirnya dengan seikhlas hati mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu yang tidak disekutukan dengan mana-mana makhluk lain termasuk Nabi Isa a.s.
Beliau diIslamkan di bumi Sarawak sebagai saksi dengan dibantu oleh Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tun Patinggi Abdul Rahman Yaacob.

“Jadi, tahulah anda dari mana saya mendapat nama Abdul Rahman selepas saya memilih Ayub sebagai nama Islam saya,” katanya.
Rupa-rupanya tindakan Ayub memeluk Islam itu bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak namun yang lebih tidak sangka-sangka sehingga membahayakan nyawanya pada masa itu.
“Tidak dapat dilupakan bagaimana takut dan ngerinya saya pada masa itu apabila rumah yang saya diami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu.
“Tidak sangka tindakan saya memeluk Islam tidak disenangi oleh sesetengah pihak,” katanya.
Demi keselamatan dirinya, Ayub terpaksa menyembunyikan diri di Jeddah, Arab Saudi dan di Tanah Haram, Mekkah Al Mukarramah selama tiga tahun.
“Tetapi begitu sekali kekuasaan Allah! Jika tidak kerana persembunyian ini tentulah saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya benar-benar bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini hebat.
“Bagai tidak percaya, baru sehari dua mengucapkan kalimah syahadah di tanah air tetapi Rumah Allah, Kaabah itu kini berada di hadapan mata dan saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Seumur hidup tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar merasakan diri ini begitu kerdil dan hina berbanding nikmat iman yang diberikan oleh-Nya kepada saya,” katanya.

Selama tiga tahun itu, Ayub mengambil kesempatan mendalami Islam dalam semua aspek terutama al-Quran bagi menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan sebagai seorang yang baru dalam Islam.

Hanya kebelakangan ini sahaja, Ayub memberanikan diri berdakwah secara terbuka termasuk memasuki segenap pelusuk pedalaman Sarawak dan Semenanjung bagi menyebarkan Islam sambil melakukan pelbagai kerja kebajikan.

Namun seperkara yang menarik mengenai Ayub ini apabila setiap hujung minggu, beliau ‘menukar’ statusnya sebagai pemandu pelancong.

“Hujung-hujung minggu saya pasti berada di perkarangan masjid-masjid di sekitar Kuching. Di situ saya berperanan sebagai pemandu pelancong kerana ramai menjadikan Masjid Bahagian Kuching sebagai destinasi kunjungan mereka setiap kali datang ke sini.
“Daripada mereka terjengok-jengok dan tiada sesiapa membantu untuk menjelaskan fungsi dan peranan masjid, adalah lebih baik saya menemui rombongan pelancong yang rata-ratanya warga Barat itu dan mengajak mereka masuk dan melihat sendiri keadaan dan suasana masjid,” katanya yang telah tiga kali mengerjakan haji dan bercadang ke Tanah Suci sekali lagi tahun ini.
Kebanyakan mereka ini, kata Ayub, mempunyai salah tanggapan mengenai Islam dan masjid itu sendiri. Ini termasuklah percaya terdapat patung Nabi Muhammad dalam masjid kerana menganggap baginda merupakan tuhan yang memperkenalkan agama yang mereka panggil sebagai “Muhamaddan”, golongan wanita dinafikan hak mereka untuk beribadat di masjid dan sebagainya.
“Jadi saya ajak mereka masuk dan lihat sendiri akan ‘patung’ tersebut. Ini kerana mereka mungkin menganggap ajaran Islam seperti ajaran Kristian yang terdapat patung Jesus di dalam gereja.
“Tetapi apabila mereka mendapati suasana di dalam masjid tidak seperti yang mereka sangkakan, lalu mereka kehairanan. Di sinilah saya mengambil kesempatan memberi gambaran sebenar mengenai masjid dan terangkan mengapa tidak perlu adanya sebarang patung, apa itu arah kiblat dan sehinggalah mengapa diasingkan jemaah lelaki dan perempuan.
“Apabila tiba waktu sembahyang, saya meminta mereka melihat sendiri bagaimana orang Islam sembahyang dan saya bersedia menjawab apa juga persoalan yang diajukan selepas itu.
“Begitu juga apabila kedengaran seruan azan yang mereka anggap sebagai lagu ibadat paling merdu yang pernah mereka dengar, saya akan jelas makna di sebalik ‘lagu merdu’ itu,” katanya yang menggunakan kelebihan berbahasa Jerman dan Inggeris bagi tujuan ‘dakwah’ itu.
Ketika ditemui penulis, Ayub sedang membantu seorang lagi saudara baru iaitu merupakan pelancong Finland yang menghadapi pelbagai kesukaran di sini.
Lawatannya di kampung-kampung masyarakat Melayu di sekitar Lumut, Setiawan dan Seri Manjung, Perak baru-baru ini menyebabkan lelaki Finland ini begitu tertarik kepada Islam dan terus memeluk agama itu.
“Tindakan itu menyebabkan isterinya di Finland begitu marah dan menganggap apabila suaminya itu memeluk Islam bererti dia akan menjadi pengganas serta menggalas senjata. Lalu keluarga pelancong ini memberi amaran jika dia pulang semula ke negaranya itu, dia akan mati ditembak.
“Jadi siapa sebenarnya yang ganas? Malah mereka menganggap kehadiran Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke negara ini baru-baru ini semata-mata untuk merekrut askar dan tentera di kalangan orang Islam di negara ini untuk tujuan keganasan. Sehingga begitu sekali tanggapan mereka mengenai Islam,” katanya yang sedang membantu mengenai kebajikan pelancong itu di sini.
Berkahwin dengan Baiti Adenan, 59, dan mempunyai dua anak lelaki, Musa, 22, dan Isa, Ayub, 20, meniti kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.
Menariknya, beliau lebih kerap memanggil anak-anak lelakinya itu dengan panggilan ‘Moses’ and ‘Jesus’.
“Pernah ada yang meminta kepastian dari saya, benarkah dengan menggunakan telefon bimbit saya sedang bercakap dengan Nabi Musa dan Nabi Isa?,” katanya sambil tertawa kecil.
Setiap tahun, melalui satu pertandingan, anggota-anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Kuching Sarawak akan merebut piala yang dianggap berprestij di sana, iaitu Lazaramah Viagulam Challenge Throphy. Tetapi apa kaitannya dengan Ayub?
“Piala ini sebenarnya dari saya bagi menggalakkan anak-anak muda supaya menderma darah bagi membantu Tabung Darah Negara dan nama piala itu merupakan sempena kasih sayang saya yang tidak ada tolok bandingnya lagi terhadap ibu saya yang tercinta (Lazaramah, 80).
“Ibu saya itu merupakan manusia kedua terpenting dalam hidup saya selepas Allah dan Rasul-Nya.
“Walaupun dia masih Kristian tetapi tidak ada apa yang boleh menghalang kasih sayang kami,” katanya yang begitu gembira kerana dapat berjumpa bagi meraikan hari lahir ibunya baru-baru ini.
Ayub benar-benar Muslim yang berbeza. Beliau mempunyai senarai kerja kebajikan yang panjang di Kuching. Antaranya Out Reach HIKMAH, Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Sarawak, Jawatankuasa PERYATIM, Sarawak dan Perkim Sarawak.
Sumber Asal: Utusan Malaysia Online 25 Mei 2006


Tuan Haji Ayub merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang. Latar belakang keluarganya adalah Roman Katholik. Pendidikan awal beliau di Penang & kemudiannya di St. Joseph, Ipoh. Pernah belajar di Germany, Switzerland dan England. Pernah berkhidmat di St Augustin Monastry di Casa Domitila di Rome, Itali. Bekas Paderi Kristian Katholik ini pernah mencapai status International Forgiver of Sins. Beliau kembali kepangkuan Islam pada tahun 1978. Aktif melakukan dakwah di bawah Rabithah Al Alam Al Islami (Arab Saudi) dan HIKMAH Sarawak. Pernah menyertai dengan sepenuhnya program perbandingan agama intensif di Mumbai, India bersama Dr. Abdul Karim Zakir Naik. Beliau bergiat aktif dalam bidang dakwah di seluruh tanahair & kini beliau adalah pengerusi Pertubuhan Tunas Islam Sarawak.

Jan 14, 2010

Opportinity for Dummy to be a Genius One

To my beloved intan payung please upload these notes for you own benefits,
For who think she/he is not very good in English but still want to get 'A' for SCIENCE

Grab this great OPPortUniTy to get your notes online
Available for all chapter in form 5 and form 4


P/S: just click the link to go to 4shared.com
i'm keep thinking about you... :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

Name:
Order Description / Tempahan Jahit Baju Kurung:
Email Address:
H/P number:
Payment Method:
Delivery Method:
Address:
Suggestions and Comments:
Ukuran Bahu:
Ukuran Pinggang:
Ukuran Punggung:
Labuh Baju Kurung (ukur dari bahu ke bawah lutut):
Labuh Kain (ukur dari pinggang ke tumit):

Get your own free form like this one.