Nov 3, 2010

HPA dalam pertimbangan

Pada 27 Sept 2010................ bermula satu permulaan antara perjuangan HPA dengan Ayam2 dikilang yang akan disembelih setiap hari. Aku berfikir adakah betul setiap proses di kilang aku ni? Semua orang pun kena berfikir macam aku bukan hanya fikirkan DUIT3..

Setelah seminggu bekerje biarpun alahan menghantui. Bau-bauan ayam menusuk hidung bisa membuatkan tekak aku loya yang teramat sangat. Tetapi pencarian tentang kehalalannya masih aku cari satu persatu. Setiap proses aku kaji menurut syarak. Aku pun membuat keputusan memberi mesej di FB tuan punya AYAM2 tersebut. Aku minta dia datang dan teliti kehalalan ayam. Bukan betujuan menindas orang tetapi hanya ingin memastikan. Was2 kan kurang elok. Jadi aku nak bagi pasti.

Tuan punya AYAM hanya hantar wakil dari panel syariah untuk memastikan tetapi peliknya bukan pihak yang mahir dengan ayam yang bawa masuk. Orang dia2 sendiri yang jadi pemantau yang tak berapa nak mahir tentang ayam yang pergi bawa masuk tempat proses ayam. Yang penting tanpa pengetahuan Penolong Pengurus Operasi kami. Isk3 kira menceroboh boleh juga ni.

Selesai sudah sesi lawatan, mereka2 masuk ke pejabat. Tetttt sesi mengumpat berlalu..kenapa kata mengumpat sebab orang yang diperkatakan tiada ditempat kejadian, kedua memburuk2kan orang lain di depan orang lain tanpa usul periksa. Mana boleh kalau berani cakap depan2. Ni kat depan macam tikus lari terus. Aku malas mendengar bebelan mereka2 aku pun telefon bos kata aku nak balik sekarang [dalam jam 11am]

Esok lagi2 drama berterusan sehingga berlaku malam pemutusan usahasama pemilik AYAM dengan si PEMPROSES AYAM. Hari ahad [cuti tau masa ni], tanpa belas kasihan pemilik AYAM2 kata lori akan datang ambil ayam. Ops kena kerja juga ke? Bos pun pening. Kami datang juga pejabat tunggu pemilik AYAM datang nak tandatangan surat dari. Saaaaaaaaaaampai pukul 9.30 pm masih tak nampak batang hidung pemilik berkenaan. Aku balik tapi 2 kawan lagi tunggu di pejabat.

Dalam pukul 11pm baru WAAAKIIIL dia datang. MAna dia pergi??? Tandatangan oleh wakil SAHAJA dan surat ditaip dipejabat kami tapi ditulis dari Pejabat Pengarah Urusan.. PENIPU!!! TUAN AYAM ADALAH PEMEGANG SAHAM SYARIKAT KAMI tetapi penarikan dibuat tanpa memahami perjanji kontrak kerjasama yang ditandatangi oleh TUAN sendiri. Penarikan bukan serta merta tetapi ada tempoh yang ditetapkan.

Macam SPY wakil PEMILIK yang dihantar ke kilang kami. Ayam2 diambil secara tiba-tiba pada hari cuti. Wang imbuhan RM150 diberi kepada orang bawa fork lift dan penolong pengurus kami. BOLEH PULA ADA WANG IMBUHAN?? Kalau sedekah bagi la semua orang yang datang buat kerja waktu tu. HAMPA DENGAN ---[fikir sendiri] buat kali pertama.

Rentetan dari itu tiba2 pihak KILANG AYAM pula membuat tuntutan terhadap kami kerana ayam rosak. Tetapi tuntutan dibuat secara anggaran sahaja [anggarkan 3 lori ayam rosak tanpa buat post mortem]. BOLEH PULA KALAU MAKAN DUIT BUKAN HAK KITA HARAM TAU.

Seterusnya TUAN yang berkenaan buat keputusan adakan mesyuarat. Kami semua berangkat ke Perlis. Mesyuarat juga tidak dihadiri oleh TUAN tersebut. Berjalan lancar tetapi penipuan tetap berlaku. Suatu hari pasti akan terbongkar juga. HAMPA DENGAN ---buat kali kedua.

Sampai ke hari ini penafian tetap dilakukan pihak tersebut sehinggakan kilang kami tidak beroperasi dan gaji pekerja tergantung belum berbayar.

Sila bertanggunjawab atas apa yang TUAN lakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

Name:
Order Description / Tempahan Jahit Baju Kurung:
Email Address:
H/P number:
Payment Method:
Delivery Method:
Address:
Suggestions and Comments:
Ukuran Bahu:
Ukuran Pinggang:
Ukuran Punggung:
Labuh Baju Kurung (ukur dari bahu ke bawah lutut):
Labuh Kain (ukur dari pinggang ke tumit):

Get your own free form like this one.