Jan 19, 2010

Forum cabaran aqidah dan isu2 semasa umat Islam

"I am muslim"

Apakah kita Islam kerana kita benar seorang yang memahami Islam
atau kita Islam kita berketurunan melayu....

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin berguna..
Kalau kata nak berdakwah guna ayat 'power2'
Rasanya tak mampu
Tetapi setelah mendengar dorongan dari Tuan Haji Ayub Abdul Rahman
Tugas dakwah itu bukan hanya dilakukan ustaz dan ustazah di madrasah di sekolah2
Alhamdulillah saya terpanggil untuk berkongsi tentang sedikit permasalahan umat Islam hari ini

Biarpun kita dilindungi dibawah perlembagaan yang kukuh insyaAllah
pada pendapat saya tetapi kita leka dengan perlindungan yang diberi
Perlembagaan yang banyak membantu umat Islam dari pelbagai sudut
Iaitu disebut perkara ke3 bahawa Islam adalah agama rasmi perseketuan
disalah tafsir pada perkara ke4 apabila mana2 undang2 mesti menurut pada perlembagaan yang dianggap menolak Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama umat Islam
menurut pakar perlembagaan Malaysia Prof. Abdul Aziz Bari, sesekali perlembagaan itu perlu dilihat atau difikirkan dalam kontek yang membantu Islam kenapa isu yang tidak sepatutnya ditimbulkan semata2 kerana ingin memecahbelahkan negara kita.
Syukur kita kerana sekurang2 nya negara kita masih dilindungi dibawah perlembagaan..
Lakukanlah mana yang ada dulu, insyaAllah dari masa kesemasa perlembagaan itu pasti digubal mengikut peredaran semasa masyarakat dan umat Islam pada zaman tersebut dan sesuai pada zamannya

"Jangan berfikir asyik nak mewarna langit, sedangkan rumah sendiri pun tidak bertiang"

Mungkin dulu anda nampak kancil ialah haiwan tapi la ni kancil tu kereta
Itulah perubahan mengikut zaman yang saya perkatakan disini..

Bercakap tentang Islam...agama suci ini memang tidak dapat dipertikaikan biarpun
ada yang mencubanya...

Nama sebenarnya Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.
Beliau kini seorang pendakwah yang cekal menghadapi cabaran . Beliau bukan sahaja pernah menjadi mata dan telinga kepada paderi2 di Pulau Pinang pada seawal 17 tahun namun beliau pernah merantau untuk memesongkan akidah2 pengikut agama lain setelah bergelar paderi..
Kisah beliau dimasuk dalam entri lepas

Menurutnya sewaktu dia baru dilahirkan dia telah dituangkan air sejuk dikepalanya
untuk dibaptiskan oleh seorang paderi [ibu beliau memberitahu kepadanya apabila sudah besar]
Apa benda ini? Kalau anda saya tidak pasti pernah atau tidak perkataan ini tetapi kerana saya pernah berkawan dengan orang2 kristian di Sabah dahulu saya pernah dengar cuma caranya saya tidak tahu..

Mengikut agama ini bayi yang baru lahir itu mempunyai dosa warisan
andai kata bayi itu mati sebelum dibaptis akan masuk neraka
Ya Allah terkejut bila mendengarnya...
Bukankah baru lahir tiada satu dosa bagaikan kain putih
dan masuk syurga terus...
Sambung beliau dosa ini diwarisi dari Nabi Adam a.s kerana memakan buah epal [menurut bible] yang terdapat di syurga apabila disuruh oleh isterinya Hawa namun setelah memakannya mereka berdua dibuang ke bumi
Oleh itu semua bayi perlu dibaptis untuk menghapuskan dosa warisan ini

Seawal umur 4 tahun sebelum masuk sekolah tadika lagi ibu beliau telah memberitahu pada mereka kisah Nabi Allah S.W.T. seperti Prophet Jonah [Yunus], Yesus [Isa], Moses [Musa], Noah [Nuh] dan lain2..
Dia memberitahu andai pergi ke tadika kristian semua kanak2 pasti sudah tahu cerita2 ini tetapi dia agak terkejut kanak2 Islam masih tidak tahu kisah ini melainkan hanya bermain dan menonton doremon sahaja..
INI lah masalah kita umat Islam hari ini yang hanya mementingkan AKADEMIK anak2 dari AGAMA nya

Ada seorang bapa yang sangat sibuk begitu juga ibunya
Sebagai bapa yang berpendidikan tinggi dia juga bangga sekiranya anaknya mendapat keputusan yang cemerlang
Lalu dihantar anaknya ke kelas tambahan setiap hari tanpa menhiraukan waktu sembahyang
namun begitu anaknya dihantar ke sekolah agama untuk anaknya belajar solat dan lain2
kerana tiada masa untuk bapanya mengajar dan dia sendiri pun kurang bersolat
tetapi adakah anaknya mampu bertahan sebagai Islam jika ibu bapa pun sibuk mengalahkan YB
Dipendekkan cerita anaknya memang cemerlang gemilang terbilang dari segi akademik sehingga mendapat tawaran belajar di luar negara.
Di sana cabaran lagi besar bagi anak muda ini lagipun dia tidak memahami Islam
dalam kata lain kerana kelemahannya dia telah keluar Islam tetapi tidak diketahui keluarga
cuma ada yang bercerita kepada bapanya tetapi tidak dipercayai kerana dia kata anaknya sekolah agama dia tahu dia tak kan terpesong..
Setelah bertahun2 anak tetap tidak pulang..
Bapa menyuruh pulang kerana kebetulan nenek yang sakit ingin berjumpa cucunya..
Setelah dipaksa barulah dia pulang tetapi imejnya sikit berubah
rambutnya panjang bagaikan rambut Yesus seperti dibayangkan pada patung gereja2
Bapa tidak merasa apa2 kerana biasa orang muda suka berambut panjang
tetapi bila bapanya mengajak pergi ke masjid dia kata dia pergi sendiri
namun bila pulang bapa terkejut kerana kereta masih dirumah
Ditanya anaknya, dia menjawab aku pergi sembahyang hujung minggi di gereja pak jadi aku tidak pergi tadi..tanpa rasa bersalah anak menjawab

Kerana malu anak dikurung dirumah tetapi ibunya lepaskan anaknya pergi..
tidak tahu mengapa di pergi kerumah Tuan Haji Ayub
anak memanggil "Musa...Musa"
takut pula Tn. Hj. ingin membuka pintu kerana Musa baru ingin menunaikan solat subuh
beliau memanggil anaknya untuk melihat
"eh jangan buka pintu bahaya"
Disebabkan anaknya mengenali lelaki itu lalu dipergi juga buka pintu pagar
diajar minum sambil beliau menonton bicara mufti di TV
tiba2 terkejut kerana si anak memegang bahu sambil berkata
"cepat bertaubat Yesus sangat marah"

Sekarang anak itu telah diubati namun masih tiada perubahan
Kadang2 dia baik kadang2 dia kembali
Minta dijauhkan ia terjadi kepada anak2 lain Ya Allah
Semoga Allah memberinya peluang lagi...amin

apa pandangan anda tentang ini?
siapa salah?
anak2 kah?

setiap Jumaat akan diadakan Hari Hol untuk Yesus
dan perbagai juadah hidangan boleh disantap untuk semua orang
berhati2 kerana masanya adalah sewaktu solat Jumaat
anda nak makan sedap atau terlepas solat Jumaat

Nota: Semoga Allah S.W.T. beri kekuatan pada kami sekeluarga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

Name:
Order Description / Tempahan Jahit Baju Kurung:
Email Address:
H/P number:
Payment Method:
Delivery Method:
Address:
Suggestions and Comments:
Ukuran Bahu:
Ukuran Pinggang:
Ukuran Punggung:
Labuh Baju Kurung (ukur dari bahu ke bawah lutut):
Labuh Kain (ukur dari pinggang ke tumit):

Get your own free form like this one.