Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Jan 19, 2010

Forum cabaran aqidah dan isu2 semasa umat Islam

"I am muslim"

Apakah kita Islam kerana kita benar seorang yang memahami Islam
atau kita Islam kita berketurunan melayu....

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin berguna..
Kalau kata nak berdakwah guna ayat 'power2'
Rasanya tak mampu
Tetapi setelah mendengar dorongan dari Tuan Haji Ayub Abdul Rahman
Tugas dakwah itu bukan hanya dilakukan ustaz dan ustazah di madrasah di sekolah2
Alhamdulillah saya terpanggil untuk berkongsi tentang sedikit permasalahan umat Islam hari ini

Biarpun kita dilindungi dibawah perlembagaan yang kukuh insyaAllah
pada pendapat saya tetapi kita leka dengan perlindungan yang diberi
Perlembagaan yang banyak membantu umat Islam dari pelbagai sudut
Iaitu disebut perkara ke3 bahawa Islam adalah agama rasmi perseketuan
disalah tafsir pada perkara ke4 apabila mana2 undang2 mesti menurut pada perlembagaan yang dianggap menolak Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama umat Islam
menurut pakar perlembagaan Malaysia Prof. Abdul Aziz Bari, sesekali perlembagaan itu perlu dilihat atau difikirkan dalam kontek yang membantu Islam kenapa isu yang tidak sepatutnya ditimbulkan semata2 kerana ingin memecahbelahkan negara kita.
Syukur kita kerana sekurang2 nya negara kita masih dilindungi dibawah perlembagaan..
Lakukanlah mana yang ada dulu, insyaAllah dari masa kesemasa perlembagaan itu pasti digubal mengikut peredaran semasa masyarakat dan umat Islam pada zaman tersebut dan sesuai pada zamannya

"Jangan berfikir asyik nak mewarna langit, sedangkan rumah sendiri pun tidak bertiang"

Mungkin dulu anda nampak kancil ialah haiwan tapi la ni kancil tu kereta
Itulah perubahan mengikut zaman yang saya perkatakan disini..

Bercakap tentang Islam...agama suci ini memang tidak dapat dipertikaikan biarpun
ada yang mencubanya...

Nama sebenarnya Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.
Beliau kini seorang pendakwah yang cekal menghadapi cabaran . Beliau bukan sahaja pernah menjadi mata dan telinga kepada paderi2 di Pulau Pinang pada seawal 17 tahun namun beliau pernah merantau untuk memesongkan akidah2 pengikut agama lain setelah bergelar paderi..
Kisah beliau dimasuk dalam entri lepas

Menurutnya sewaktu dia baru dilahirkan dia telah dituangkan air sejuk dikepalanya
untuk dibaptiskan oleh seorang paderi [ibu beliau memberitahu kepadanya apabila sudah besar]
Apa benda ini? Kalau anda saya tidak pasti pernah atau tidak perkataan ini tetapi kerana saya pernah berkawan dengan orang2 kristian di Sabah dahulu saya pernah dengar cuma caranya saya tidak tahu..

Mengikut agama ini bayi yang baru lahir itu mempunyai dosa warisan
andai kata bayi itu mati sebelum dibaptis akan masuk neraka
Ya Allah terkejut bila mendengarnya...
Bukankah baru lahir tiada satu dosa bagaikan kain putih
dan masuk syurga terus...
Sambung beliau dosa ini diwarisi dari Nabi Adam a.s kerana memakan buah epal [menurut bible] yang terdapat di syurga apabila disuruh oleh isterinya Hawa namun setelah memakannya mereka berdua dibuang ke bumi
Oleh itu semua bayi perlu dibaptis untuk menghapuskan dosa warisan ini

Seawal umur 4 tahun sebelum masuk sekolah tadika lagi ibu beliau telah memberitahu pada mereka kisah Nabi Allah S.W.T. seperti Prophet Jonah [Yunus], Yesus [Isa], Moses [Musa], Noah [Nuh] dan lain2..
Dia memberitahu andai pergi ke tadika kristian semua kanak2 pasti sudah tahu cerita2 ini tetapi dia agak terkejut kanak2 Islam masih tidak tahu kisah ini melainkan hanya bermain dan menonton doremon sahaja..
INI lah masalah kita umat Islam hari ini yang hanya mementingkan AKADEMIK anak2 dari AGAMA nya

Ada seorang bapa yang sangat sibuk begitu juga ibunya
Sebagai bapa yang berpendidikan tinggi dia juga bangga sekiranya anaknya mendapat keputusan yang cemerlang
Lalu dihantar anaknya ke kelas tambahan setiap hari tanpa menhiraukan waktu sembahyang
namun begitu anaknya dihantar ke sekolah agama untuk anaknya belajar solat dan lain2
kerana tiada masa untuk bapanya mengajar dan dia sendiri pun kurang bersolat
tetapi adakah anaknya mampu bertahan sebagai Islam jika ibu bapa pun sibuk mengalahkan YB
Dipendekkan cerita anaknya memang cemerlang gemilang terbilang dari segi akademik sehingga mendapat tawaran belajar di luar negara.
Di sana cabaran lagi besar bagi anak muda ini lagipun dia tidak memahami Islam
dalam kata lain kerana kelemahannya dia telah keluar Islam tetapi tidak diketahui keluarga
cuma ada yang bercerita kepada bapanya tetapi tidak dipercayai kerana dia kata anaknya sekolah agama dia tahu dia tak kan terpesong..
Setelah bertahun2 anak tetap tidak pulang..
Bapa menyuruh pulang kerana kebetulan nenek yang sakit ingin berjumpa cucunya..
Setelah dipaksa barulah dia pulang tetapi imejnya sikit berubah
rambutnya panjang bagaikan rambut Yesus seperti dibayangkan pada patung gereja2
Bapa tidak merasa apa2 kerana biasa orang muda suka berambut panjang
tetapi bila bapanya mengajak pergi ke masjid dia kata dia pergi sendiri
namun bila pulang bapa terkejut kerana kereta masih dirumah
Ditanya anaknya, dia menjawab aku pergi sembahyang hujung minggi di gereja pak jadi aku tidak pergi tadi..tanpa rasa bersalah anak menjawab

Kerana malu anak dikurung dirumah tetapi ibunya lepaskan anaknya pergi..
tidak tahu mengapa di pergi kerumah Tuan Haji Ayub
anak memanggil "Musa...Musa"
takut pula Tn. Hj. ingin membuka pintu kerana Musa baru ingin menunaikan solat subuh
beliau memanggil anaknya untuk melihat
"eh jangan buka pintu bahaya"
Disebabkan anaknya mengenali lelaki itu lalu dipergi juga buka pintu pagar
diajar minum sambil beliau menonton bicara mufti di TV
tiba2 terkejut kerana si anak memegang bahu sambil berkata
"cepat bertaubat Yesus sangat marah"

Sekarang anak itu telah diubati namun masih tiada perubahan
Kadang2 dia baik kadang2 dia kembali
Minta dijauhkan ia terjadi kepada anak2 lain Ya Allah
Semoga Allah memberinya peluang lagi...amin

apa pandangan anda tentang ini?
siapa salah?
anak2 kah?

setiap Jumaat akan diadakan Hari Hol untuk Yesus
dan perbagai juadah hidangan boleh disantap untuk semua orang
berhati2 kerana masanya adalah sewaktu solat Jumaat
anda nak makan sedap atau terlepas solat Jumaat

Nota: Semoga Allah S.W.T. beri kekuatan pada kami sekeluarga

NuR KaSih dari Allah S.W.T.

Ayub Abdul Rahman dulu paderi kini Daie


Oleh: SITI AINIZA KAMSARI
PADA 8 Ogos tahun lalu, seluruh umat Islam amat merasai kehilangan ulama besar dan pendakwah terkemuka Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang meninggal dunia dalam usia 87 tahun. Ramai beranggapan tidak akan ada Ahmed Deedat yang kedua selepas kematiannya itu.
Hanya Allahyarham sahaja yang mampu berdialog mengenai soal ajaran Kristian dan kitab Bible bagi tujuan menyerlahkan lagi kebenaran ajaran Islam itu sendiri.
Namun pertemuan penulis dengan seorang lagi pendakwah baru-baru ini tidak syak lagi mampu membuka lembaran baru mengenai ‘kemunculan’ atau pengganti Ahmed Deedat walaupun mungkin tidak sehebat Allahyarham.

Bahkan lebih menariknya, Ustaz Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.

Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.

Bagaikan jauhari mengenal manikam. Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu.
Namun sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan sehinggakan orang ramai tidak ragu-ragu memanggilnya “Ustaz” mahupun “Tuan Haji Ayub”.

Komitmen beliau yang begitu padu terhadap Islam terutama dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam mendapat penghargaan banyak pihak dan terbaru, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2005.
Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.

“Saya telah mempunyai kehidupan yang begitu sempurna semasa menjadi paderi” katanya ketika ditemui di Yayasan Jenderami, Dengkil, Sepang di Selangor baru-baru ini.
Kesempurnaan yang dinikmati dalam institusi gereja itu membolehkan Anthony mengecap kesenangan dalam hidup.


“Segala-galanya disediakan dan diberi percuma oleh pihak gereja. Daripada orang yang akan membasuhkan tandas kita sehinggalah pemandu dengan kenderaan mewah untuk membawa saya ke mana sahaja.

“Ini tidak termasuk tiket-tiket penerbangan kelas pertama ke hampir seluruh pelusuk dunia. Jadi saya tidak ada masalah sepanjang berkhidmat untuk gereja kerana apa sahaja yang dihajati akan segera dipenuhi,” katanya yang telah menjejaki 22 negara bagi menjayakan misionari Kristiannya.

Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa turut memberikan kepuasan kepada jiwa Anthony ketika itu. Pernah kata Ayub, beliau diminta mengampunkan penghuni kubur atas permintaan keluarga si mati.
Sehinggalah pada suatu hari berdasarkan pembacaan kitab Bible, perasaan beliau yang setenang air di kali selama ini mula terganggu. “Tanpa seseorang itu dibaptiskan, tidak memungkinkan seseorang itu menghuni syurga!”

“Apabila saya terbaca ayat itu, hati saya begitu terusik. Ini kerana secara tiba-tiba saya terkenangkan jiran-jiran saya di Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
“Mereka merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggakan saya masih ingat walaupun mereka menjalani ibadat puasa Ramadan, kami sekeluarga adalah orang pertama yang akan menerima juadah berbuka puasa mereka.
“Mereka tidak akan berbuka selagi kami tidak menerima juadah tersebut walaupun kami bukannya beragama Islam. Ia memang satu situasi yang mengharukan.
“Begitu juga apabila ada ahli keluarga saya sakit dan memerlukan rawatan segera ke hospital, jiran-jiran Melayu saya inilah yang akan bersusah payah menggunakan kenderaan mereka untuk membawa kami ke hospital dan mereka tidak pernah berkira.
“Saya kira mereka merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa” kata Ayub.
Apabila mengenangkan kebaikan jiran-jirannya itu dan ajaran Kristian, Anthony begitu terusik kerana kebaikan mereka itu akan berakhir dengan masuk ke neraka!
“Saya benar-benar sedih kerana mereka ini tidak pernah dibaptiskan maka tentunya mereka tidak akan layak masuk ke syurga Allah.
“Sehinggakan buat pertama kali saya memperkenalkan sembahyang malam yang sebelum ini tidak ada dalam cara orang Kristian beribadat. Ini kerana saya benar-benar memerlukan jawapan mengenai persoalan ini,” jelasnya.


Oleh kerana memiliki kunci pintu gereja maka pada suatu malam, dihadapan altar beliau sembahyang dan ‘merayu’ kepada tuhan supaya jiran-jirannya itu dikecualikan daripada memasuki neraka.

Namun bagi Anthony sudah sampai tahap dan masa untuknya mengubah akidah umat Islam itu sendiri.

Lantas beliau memohon kebenaran pihak gereja untuk mengkaji dan mendalami al-Quran yang bakal dijadikan senjata untuk melumpuh dan melemahkan umat Islam itu sendiri.
Permintaan Anthony segera dipenuhi malah pada tahun 1973 beliau dihantar ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkan paderi ini mempelajari Islam sebanyak mana yang beliau mahu.

“Pada mulanya untuk selama tiga bulan, tetapi saya lanjutkan sehingga enam bulan kerana telah direncanakan oleh tuhan, saya tidak menemui apa yang dicari kecuali jika terus mencari apa yang ditemui hanyalah keindahan Islam.
“Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.
“Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imraan: 85)
“Jadi, siapa sebenarnya yang akan rugi di hari akhirat kelak?,” katanya.
Menurut Ayub, adalah tidak mudah sebenarnya untuk beliau menerima Islam kerana dirinya sangat berpengetahuan dalam ajaran Injil itu sendiri sehinggakan banyak mengunjungi tempat suci orang Kristian di seluruh dunia. Peluang yang tidak diperolehi oleh penganut lain.
“Ditambah dengan persekitaran hidup dalam biara dan sentiasa dipantau oleh pihak gereja sehinggalah oleh pihak Vatican di Itali,” katanya.

Namun 4 September 1978 mencatatkan tarikh yang bersejarah apabila paderi ini akhirnya dengan seikhlas hati mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu yang tidak disekutukan dengan mana-mana makhluk lain termasuk Nabi Isa a.s.
Beliau diIslamkan di bumi Sarawak sebagai saksi dengan dibantu oleh Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tun Patinggi Abdul Rahman Yaacob.

“Jadi, tahulah anda dari mana saya mendapat nama Abdul Rahman selepas saya memilih Ayub sebagai nama Islam saya,” katanya.
Rupa-rupanya tindakan Ayub memeluk Islam itu bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak namun yang lebih tidak sangka-sangka sehingga membahayakan nyawanya pada masa itu.
“Tidak dapat dilupakan bagaimana takut dan ngerinya saya pada masa itu apabila rumah yang saya diami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu.
“Tidak sangka tindakan saya memeluk Islam tidak disenangi oleh sesetengah pihak,” katanya.
Demi keselamatan dirinya, Ayub terpaksa menyembunyikan diri di Jeddah, Arab Saudi dan di Tanah Haram, Mekkah Al Mukarramah selama tiga tahun.
“Tetapi begitu sekali kekuasaan Allah! Jika tidak kerana persembunyian ini tentulah saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya benar-benar bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini hebat.
“Bagai tidak percaya, baru sehari dua mengucapkan kalimah syahadah di tanah air tetapi Rumah Allah, Kaabah itu kini berada di hadapan mata dan saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Seumur hidup tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar merasakan diri ini begitu kerdil dan hina berbanding nikmat iman yang diberikan oleh-Nya kepada saya,” katanya.

Selama tiga tahun itu, Ayub mengambil kesempatan mendalami Islam dalam semua aspek terutama al-Quran bagi menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan sebagai seorang yang baru dalam Islam.

Hanya kebelakangan ini sahaja, Ayub memberanikan diri berdakwah secara terbuka termasuk memasuki segenap pelusuk pedalaman Sarawak dan Semenanjung bagi menyebarkan Islam sambil melakukan pelbagai kerja kebajikan.

Namun seperkara yang menarik mengenai Ayub ini apabila setiap hujung minggu, beliau ‘menukar’ statusnya sebagai pemandu pelancong.

“Hujung-hujung minggu saya pasti berada di perkarangan masjid-masjid di sekitar Kuching. Di situ saya berperanan sebagai pemandu pelancong kerana ramai menjadikan Masjid Bahagian Kuching sebagai destinasi kunjungan mereka setiap kali datang ke sini.
“Daripada mereka terjengok-jengok dan tiada sesiapa membantu untuk menjelaskan fungsi dan peranan masjid, adalah lebih baik saya menemui rombongan pelancong yang rata-ratanya warga Barat itu dan mengajak mereka masuk dan melihat sendiri keadaan dan suasana masjid,” katanya yang telah tiga kali mengerjakan haji dan bercadang ke Tanah Suci sekali lagi tahun ini.
Kebanyakan mereka ini, kata Ayub, mempunyai salah tanggapan mengenai Islam dan masjid itu sendiri. Ini termasuklah percaya terdapat patung Nabi Muhammad dalam masjid kerana menganggap baginda merupakan tuhan yang memperkenalkan agama yang mereka panggil sebagai “Muhamaddan”, golongan wanita dinafikan hak mereka untuk beribadat di masjid dan sebagainya.
“Jadi saya ajak mereka masuk dan lihat sendiri akan ‘patung’ tersebut. Ini kerana mereka mungkin menganggap ajaran Islam seperti ajaran Kristian yang terdapat patung Jesus di dalam gereja.
“Tetapi apabila mereka mendapati suasana di dalam masjid tidak seperti yang mereka sangkakan, lalu mereka kehairanan. Di sinilah saya mengambil kesempatan memberi gambaran sebenar mengenai masjid dan terangkan mengapa tidak perlu adanya sebarang patung, apa itu arah kiblat dan sehinggalah mengapa diasingkan jemaah lelaki dan perempuan.
“Apabila tiba waktu sembahyang, saya meminta mereka melihat sendiri bagaimana orang Islam sembahyang dan saya bersedia menjawab apa juga persoalan yang diajukan selepas itu.
“Begitu juga apabila kedengaran seruan azan yang mereka anggap sebagai lagu ibadat paling merdu yang pernah mereka dengar, saya akan jelas makna di sebalik ‘lagu merdu’ itu,” katanya yang menggunakan kelebihan berbahasa Jerman dan Inggeris bagi tujuan ‘dakwah’ itu.
Ketika ditemui penulis, Ayub sedang membantu seorang lagi saudara baru iaitu merupakan pelancong Finland yang menghadapi pelbagai kesukaran di sini.
Lawatannya di kampung-kampung masyarakat Melayu di sekitar Lumut, Setiawan dan Seri Manjung, Perak baru-baru ini menyebabkan lelaki Finland ini begitu tertarik kepada Islam dan terus memeluk agama itu.
“Tindakan itu menyebabkan isterinya di Finland begitu marah dan menganggap apabila suaminya itu memeluk Islam bererti dia akan menjadi pengganas serta menggalas senjata. Lalu keluarga pelancong ini memberi amaran jika dia pulang semula ke negaranya itu, dia akan mati ditembak.
“Jadi siapa sebenarnya yang ganas? Malah mereka menganggap kehadiran Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke negara ini baru-baru ini semata-mata untuk merekrut askar dan tentera di kalangan orang Islam di negara ini untuk tujuan keganasan. Sehingga begitu sekali tanggapan mereka mengenai Islam,” katanya yang sedang membantu mengenai kebajikan pelancong itu di sini.
Berkahwin dengan Baiti Adenan, 59, dan mempunyai dua anak lelaki, Musa, 22, dan Isa, Ayub, 20, meniti kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.
Menariknya, beliau lebih kerap memanggil anak-anak lelakinya itu dengan panggilan ‘Moses’ and ‘Jesus’.
“Pernah ada yang meminta kepastian dari saya, benarkah dengan menggunakan telefon bimbit saya sedang bercakap dengan Nabi Musa dan Nabi Isa?,” katanya sambil tertawa kecil.
Setiap tahun, melalui satu pertandingan, anggota-anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Kuching Sarawak akan merebut piala yang dianggap berprestij di sana, iaitu Lazaramah Viagulam Challenge Throphy. Tetapi apa kaitannya dengan Ayub?
“Piala ini sebenarnya dari saya bagi menggalakkan anak-anak muda supaya menderma darah bagi membantu Tabung Darah Negara dan nama piala itu merupakan sempena kasih sayang saya yang tidak ada tolok bandingnya lagi terhadap ibu saya yang tercinta (Lazaramah, 80).
“Ibu saya itu merupakan manusia kedua terpenting dalam hidup saya selepas Allah dan Rasul-Nya.
“Walaupun dia masih Kristian tetapi tidak ada apa yang boleh menghalang kasih sayang kami,” katanya yang begitu gembira kerana dapat berjumpa bagi meraikan hari lahir ibunya baru-baru ini.
Ayub benar-benar Muslim yang berbeza. Beliau mempunyai senarai kerja kebajikan yang panjang di Kuching. Antaranya Out Reach HIKMAH, Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Sarawak, Jawatankuasa PERYATIM, Sarawak dan Perkim Sarawak.
Sumber Asal: Utusan Malaysia Online 25 Mei 2006


Tuan Haji Ayub merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang. Latar belakang keluarganya adalah Roman Katholik. Pendidikan awal beliau di Penang & kemudiannya di St. Joseph, Ipoh. Pernah belajar di Germany, Switzerland dan England. Pernah berkhidmat di St Augustin Monastry di Casa Domitila di Rome, Itali. Bekas Paderi Kristian Katholik ini pernah mencapai status International Forgiver of Sins. Beliau kembali kepangkuan Islam pada tahun 1978. Aktif melakukan dakwah di bawah Rabithah Al Alam Al Islami (Arab Saudi) dan HIKMAH Sarawak. Pernah menyertai dengan sepenuhnya program perbandingan agama intensif di Mumbai, India bersama Dr. Abdul Karim Zakir Naik. Beliau bergiat aktif dalam bidang dakwah di seluruh tanahair & kini beliau adalah pengerusi Pertubuhan Tunas Islam Sarawak.

Nov 26, 2009

ApE YanG diLiHat SeBeLUm SaMpAi SeKoLah (^^)




~Diciptakan sesuatu yang berguna itu untuk mereka2 yang berfikir~

"Best tinggal kat dalam serba kekurangan
Bila kite bukan berada dalam zon comfort...
Sebenarnya lagi baik..sebab tu aku suka kat sini"

DULU kat Matrik Gitu juga....
HuHu..(- -')
Matrik Labuan
Memang la cantik, bangunan baru..
Sume cantik lagi la sebab belum ada vandalism lagi
Tapi.....
Yang tak tahannye kat sini air kita amik dari Beuford
Pagi2 je confirm tak de air
Aiii..kalo solat boleh lagi la amik wuduk gune air mineral
Kok ye la simpan air bleh la amik wuduk
Cube kalo cuti, laki tak pe mana ada cuti
Mana air nak cari
Kalo bangun 3am pun air paip kuar cam air liur je
Tak ke naya ni

Senang cite la aku pun tak tau lecturer mandi tak
Sebab kami pun pergi kelas tak mandi
Lecturer tinggal same je bangunan cam pelajar
Aku pergi kelas dah la selalu lewat
sebab aku ada masalah lupe letak barang kat mane
So..aku pergi kelas ari2 berlari huh
Memang aku suke lari sebab laju sikit
Lagipun aku kecik je lagi la laju kalo lari
Seminit je sampai la dewan kuliah
Tapi aku rase lari + tak mandi = mesti tertido dalam kuliah
Huu...
Kaki tido juga la
Sebab best kalo kat Matrik ke Universiti ke
Bebas nak tido ke nak jaga ke
Sebab yang nak pandai pun kau yang nak tak pandai pun kau
Tapi yang tak selesa ni la yang buat aku berjaya
Sama la macam kat UTeM
U baru 5 tahun waktu tu
Aku batch ke 5 la waktu tu
Konvo pun baru kali PeRtAme
Aku blaja kat umah kedai je
Kadang2 susah nak tumpu perhatian dalam kelas
Bising sebelah kedai makan la
Tapi aku banyak abiskan masa blaja kat library
O aku suke pergi LaB
Susah nak adapt dengan keadaan
Aku bukan la budak baik sangat
Tapi aku rasa waktu aku masuk UTeM
Aku rasa aku tak da la seteruk pelajar2 len yang
Suke lepak2 buang mase
Otak aku dok fikir bisnes je
Macam2 aku jual kerepek, dadih, kuih
Sume ni sebab susah nak beli buku
Bukan banyak sangat duit.....isk3
Heehe
Bukan ni aku nak citer sebenarnye
topik je lebih kurang sama
KESELESAAN ATAU KESEDERHANAAN
STIAS baru lagi dalam dunia globalisasi ni ..
Baru setahun
Bangunan cantik yang tersergam indah seperti ingin bersuara..
Bercerita tentang sejarah dirinya
Biarpun pun aku tak ada masa tu..
Tapi aku ingin berkongsi apa yang aku nampak
sebelum aku sampai sekolah pagi2
Biasalah pagi2 kuar dari asrama jalan kaki
Aku menyusuri jalan yang penuh kehijauan


~~Kehijauan Alam akan Mengelakkan aku dari rasa Mengantuk~~

Mungkin ada yang merunggut
Jauh la sekolah malasnye nak berjalan
Penat la tak biasa jalan kaki
Aku dulu abah tak dapat amik aku balik sendiri jalan kaki
Jalan aku lalu lagi jauh lagi panas
CUBE nikmati keindahan alam sambil memuji ALLAH S.W.T.
Pasti tak kan terlintas ayat penat tu
Sebab yang Allah beri lagi baik dari apa yang kita patut dapat
Kita selalu lambat solat, tapi pernah tak Allah lambat nak bagi OKSIGEN kat kite?
Cube kalo Dia lambatkan.....[pernah tak terfikir]

~ tandan sawit dan cendawan sebagai pengurai ~

Tengok ni...
Dari ciptaanNya dah terbukti penciptaNYA pasti HEBAT
Decomposer~~~
Fungi and Bacteria are decomposer
Fungi ~~ cendawan idup atas tumbuhan
telah mati untuk diguraikannya
Haaa tengok tu....kamu malas nak tengok tapi Allah bagi ilmu secara tidak sengaja
Kenapa kite lupe nak hayatinya....
Kalo kite lihat alam ni
Sebenarnya kite dah jimatkan 2 jam untuk ajar tajuk "Microorganisms" sains form5
When an organism die, what will happen to the organism?
Answer ~~ Decompose by fungi and bacteria
Science itu cuma pelengkap agama kite
Sebab kite perlukannya untuk kehidupan kite
'Ambil la yang jernih'
Jangan sebab Darwin kata manusia berasal dari monyet kite percaya pulak
Gunalah otak fikir kaji al-Quran leklok
Jawapannya ada ditangan kamu sendiri
Nak terima science yang sememangnya ada dalam al-Quran
Atau nak butakan mata nak pekakkan telinga
FiKiRlaH sEnDiri
Nota kaki tangan:
Apa yang kita belajar sekarang ni mesti ada dalam al-Quran
Sebab al-Quran itu sumber rujukan pertama
al-Quran is the WORD OF GOD
Alhamdulillah atas kefahaman anda......





Nov 25, 2009

GaranG ? ok Ke ???



"Manje nye pelajar STIAS ni,
rotan tak bole marah tak bole...
Pelajar tak solat pun tak de ape tindakan ke?"

[ 'Solat tiang agama,sedang kan rumah perlukan tiang'..fikir la sendiri(- -') ]


Ni la cabaran (^_*)
Bukan kacang buncis je nak jadi 'Cikgu'
Guru cemerlang pelajar terbilang


Tugasan yang luar biasa hebat:

1) Mengajar dikelas seperti masa yang ditetapkan

~~tapi biasanya mesti terlebih waktu..kesian pelajar tak boleh pergi rehat

2) Balik kerja kul 4.40 pm

~~tapi biasanya kena stay back sampai malam

3) Kena jadi kerani bila perlu~yuran sekolah bayar pada guru kelas

~~biasanye aku la paling lambat hantar borang semakan kat pengetua

~~aku pening buat kerja yang biasa perempuan buat, dulu aku biasa kerja kuat nak buat power stering hose...sekarang kene hadap buku resit...[susah nak sesuaikan diri]

4) Soalan ke, nota, cara2 nak belajar dan mengajar kena la fikir sendiri

~~nasib aku dah biasa kerja dulu lagi susah buat kerja sikit kena audit dengan ProTOn/PeroDUa..hari2 orang tepon follow up reservoir hose..huhu

5) Kena buat program sendiri, kena fikir sendiri ^%&#@

~~Aku MPP dulu tapi kite dulu buat kerja 1Malaya tapi kat sini 1Agama patut ukhuwahnya lebih baik....tapi mane sume orang time "Explorasi MinDa"

~~tengok2 sape buat nie [dah biasa jadi multi tasking engineer]

sape kate aku tau design 'camping beg chair ' je [multi function champing beg]

Kami je ada [Kak Ummi, Afiqah, Azura, Kak Huda [aku pinjam kete], Intan Payung (Pelajar 4 al-Maliki), Amru]..ni je 'geng zawani' ?


'Sejak bila aku tubuh geng ni, tak de pun orang je rase cam ni
sebab takut nak pegang tanggungjawab'
[aku makan orang ke?? aku garang ?? ke sebab aku budak kecik [bukan aku juga cakap ni]


6) Yang penting kalau kau berani ko buat pastu ko kena tanggung sendiri
[rasenye cam tak tulis pulak kat misi ke visi ke piagam sekolah ke]

Tapi serius aku rasa jadi guru lain cabarannye
Mane tak nye dulu 44kg
sekarang hilang 3kg
Penat ke ?
~ saya lagi penat layan kerenah kamu

Stress ke ?

mid year exam (^-*) aja2 fighting, gambate, chaiyo2
[meh ketawa kalo stress..gelak bila baca jangan ketawa]

~ saya lagi stress tengok kamu tido dalam kelas..bukan kamu ke yang suke bagi diri kamu stress..patut kamu fikir blaja & hafal al-Quran tapi kamu saja tambah lagi satu bercinta

Bagus kalau cam ni ? Senyap je [kalo pandai cikgu tak kejut kamu]

Sakit ke ?
~ saya sakit kalo sehari tak datang sekolah~biasa dah kerja bila ubah environment saya demam

[tapi kamu selalu cuti tinggalkan tugasan kamu yang sebenarnya]

Marah ke ?

~ kamu ingat kamu punya marah, je saya punya marah nak buh mana

Nota kaki tangan:

Aku belum pernah angkat tangan dengan kemarahan pada intan payung aku. Marah pun aku simpan, tapi air mata ni jatuh juga dek kerana tahan kemarahan..(- -') itu lebih baik~~~ 'menahan kemarahan'

Firman Allah Taala yang bermaksud : “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (An Nahl:97)


Aku Pilih Jalan Ini




~~~Bila aku buat keputusan hendak berhenti kerja
"Bi, fikir la betul2...baru kerja kat T [bukan name sebenar] dah nak jadi cikgu pulak"
"Kite kerja teruk, tak de orang nak faham...kite susah keje, kite penat..kadang2 kite nak tengok tv same2 dengan family tapi kite tak larat dah penat sangat"
"Keje je la nape nak fikir sume tu"
"Kite nak kerja kalo kite rasa nak solat pun xselesa?, dia tak tau ke ramai orang Islam kerja kat kilang tu? Bila pergi kilang lagi satu lagi la tak ada surau..kita solat dalam stor..orang kat situ tak solat tapi tak merunggut..cam ni punya tempat kite nak kerja lagi ke"
"Suke ati la bi, nanti ada masalah jangan nak menyesal"
Fuh panas je...pe yang aku nak buat sume pun tak sokong ape aku

;p [sekadar hiasan dulu ada pc sendiri, tempat kerja seeejook]
memang nanpak cam best tapi tak solat kat akhirat lak panasnyeeeer(- -')

Dulu waktu aku kerja kat T~~~
"Bi nape hari ni pun balik lambat?"
"Kite kena pergi produa ni, ada meeting tapi tak tau kul brape balik"
"Naik pe?"
"Kete kawan, nanti amik kite kat kilang dalam kul 10"
"Abg ham nak pergi solat tarawih dulu Bi...sebelum kul 12 abg ambil"
"Ye la, tak pe kite pun ada drawing jig tak siap lagi"

(^_^) sape tak cair tengok kalo dah cam ni...

Hem~~~~
Lama aku fikir...
Lama aku duduk dalam bilik sorang2
Galang gantinya kalau aku degil,gaji aku tak de bulan ni..
Cam ne nak bayar duit kete..
Sian abah

Tapi aku mula rasa tak suke kerja kat sini
Hem anto mesej kat abah tengok dia sokong tak aku ???
:)
"Abah, kita nak benti kerja kita nak jadi cikgu"
"Nape ada masalah ke? bincang dengan mak elok2"
"Masalah nya kecik je...kite xkisah tak dapat gaji bulan ni tapi kite pikir abah je nak bayar dua kete lagi??"
"Abah tak kisah Bi, rubi muda lagi...jauh lagi perjalanannye..."
Huuuu [nangis pulak]
"Abah ape yang abah tak suke dengan perangai kite?"
"Abah sayang sume anak abah, rubi tegas dan berketerampilan..abah xkisah dan tak de masalah dengan keputusan rubi.."

Aku tak balas dok nangis lagi...
Terharu dengan ape yang abah bagitau..

Tibe2 abah call pulak [masa tu dalam kul l lebih]
Lama tenung hp
tapi...aku angkat juga call dari abah

"Bi, memang orang tak faham ape yang kite nak buat..yang penting kite tau niat kite"
"Ye kite tau tapi kite tak tahan dah keje sana tapi serba salah dengan mak abah..
kite tak de gaji bulan ni..elaun pun dia potong"
"Ada surat perjanjian?"
"Ada kite xkisah gaji tapi elaun pun dia ambil juga"
"Kite OT tanpa gaji...tapi dalam perjanjian tulis gaji je dia ambik, bukan elaun"
"Tak pe la ada rezeki rubi kat tempat lain"
~~sedikit sebanyak kata-kata abah jadi kekuatan buat aku...

hem xpe la solat pastu tido..sok aku kena kerja lagi...

nota kaki tangan:

sejap pagi tadi aku asik telefon je ustazah kat maahad as-sofa tu, agak2 dapat tak keje..macam dia marah je tadi aku asik tepon
Mesej kepada kawan bila dah dapat tawaran kerje di Maahad As-Sofa:
"Yati, ada berita nak bagitau..wani dapat offer jadi cikgu kat Maahad As-Sofa..
sekarang tengah keliru sebab kena berhenti bulan ni juga tapi maybe wani kena bayar 3 bulan gaji sebab wani notis sebulan je"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

Name:
Order Description / Tempahan Jahit Baju Kurung:
Email Address:
H/P number:
Payment Method:
Delivery Method:
Address:
Suggestions and Comments:
Ukuran Bahu:
Ukuran Pinggang:
Ukuran Punggung:
Labuh Baju Kurung (ukur dari bahu ke bawah lutut):
Labuh Kain (ukur dari pinggang ke tumit):

Get your own free form like this one.