Showing posts with label Passion. Show all posts
Showing posts with label Passion. Show all posts

Jan 19, 2010

NuR KaSih dari Allah S.W.T.

Ayub Abdul Rahman dulu paderi kini Daie


Oleh: SITI AINIZA KAMSARI
PADA 8 Ogos tahun lalu, seluruh umat Islam amat merasai kehilangan ulama besar dan pendakwah terkemuka Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang meninggal dunia dalam usia 87 tahun. Ramai beranggapan tidak akan ada Ahmed Deedat yang kedua selepas kematiannya itu.
Hanya Allahyarham sahaja yang mampu berdialog mengenai soal ajaran Kristian dan kitab Bible bagi tujuan menyerlahkan lagi kebenaran ajaran Islam itu sendiri.
Namun pertemuan penulis dengan seorang lagi pendakwah baru-baru ini tidak syak lagi mampu membuka lembaran baru mengenai ‘kemunculan’ atau pengganti Ahmed Deedat walaupun mungkin tidak sehebat Allahyarham.

Bahkan lebih menariknya, Ustaz Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.

Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.

Bagaikan jauhari mengenal manikam. Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu.
Namun sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan sehinggakan orang ramai tidak ragu-ragu memanggilnya “Ustaz” mahupun “Tuan Haji Ayub”.

Komitmen beliau yang begitu padu terhadap Islam terutama dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam mendapat penghargaan banyak pihak dan terbaru, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2005.
Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.

“Saya telah mempunyai kehidupan yang begitu sempurna semasa menjadi paderi” katanya ketika ditemui di Yayasan Jenderami, Dengkil, Sepang di Selangor baru-baru ini.
Kesempurnaan yang dinikmati dalam institusi gereja itu membolehkan Anthony mengecap kesenangan dalam hidup.


“Segala-galanya disediakan dan diberi percuma oleh pihak gereja. Daripada orang yang akan membasuhkan tandas kita sehinggalah pemandu dengan kenderaan mewah untuk membawa saya ke mana sahaja.

“Ini tidak termasuk tiket-tiket penerbangan kelas pertama ke hampir seluruh pelusuk dunia. Jadi saya tidak ada masalah sepanjang berkhidmat untuk gereja kerana apa sahaja yang dihajati akan segera dipenuhi,” katanya yang telah menjejaki 22 negara bagi menjayakan misionari Kristiannya.

Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa turut memberikan kepuasan kepada jiwa Anthony ketika itu. Pernah kata Ayub, beliau diminta mengampunkan penghuni kubur atas permintaan keluarga si mati.
Sehinggalah pada suatu hari berdasarkan pembacaan kitab Bible, perasaan beliau yang setenang air di kali selama ini mula terganggu. “Tanpa seseorang itu dibaptiskan, tidak memungkinkan seseorang itu menghuni syurga!”

“Apabila saya terbaca ayat itu, hati saya begitu terusik. Ini kerana secara tiba-tiba saya terkenangkan jiran-jiran saya di Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
“Mereka merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggakan saya masih ingat walaupun mereka menjalani ibadat puasa Ramadan, kami sekeluarga adalah orang pertama yang akan menerima juadah berbuka puasa mereka.
“Mereka tidak akan berbuka selagi kami tidak menerima juadah tersebut walaupun kami bukannya beragama Islam. Ia memang satu situasi yang mengharukan.
“Begitu juga apabila ada ahli keluarga saya sakit dan memerlukan rawatan segera ke hospital, jiran-jiran Melayu saya inilah yang akan bersusah payah menggunakan kenderaan mereka untuk membawa kami ke hospital dan mereka tidak pernah berkira.
“Saya kira mereka merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa” kata Ayub.
Apabila mengenangkan kebaikan jiran-jirannya itu dan ajaran Kristian, Anthony begitu terusik kerana kebaikan mereka itu akan berakhir dengan masuk ke neraka!
“Saya benar-benar sedih kerana mereka ini tidak pernah dibaptiskan maka tentunya mereka tidak akan layak masuk ke syurga Allah.
“Sehinggakan buat pertama kali saya memperkenalkan sembahyang malam yang sebelum ini tidak ada dalam cara orang Kristian beribadat. Ini kerana saya benar-benar memerlukan jawapan mengenai persoalan ini,” jelasnya.


Oleh kerana memiliki kunci pintu gereja maka pada suatu malam, dihadapan altar beliau sembahyang dan ‘merayu’ kepada tuhan supaya jiran-jirannya itu dikecualikan daripada memasuki neraka.

Namun bagi Anthony sudah sampai tahap dan masa untuknya mengubah akidah umat Islam itu sendiri.

Lantas beliau memohon kebenaran pihak gereja untuk mengkaji dan mendalami al-Quran yang bakal dijadikan senjata untuk melumpuh dan melemahkan umat Islam itu sendiri.
Permintaan Anthony segera dipenuhi malah pada tahun 1973 beliau dihantar ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkan paderi ini mempelajari Islam sebanyak mana yang beliau mahu.

“Pada mulanya untuk selama tiga bulan, tetapi saya lanjutkan sehingga enam bulan kerana telah direncanakan oleh tuhan, saya tidak menemui apa yang dicari kecuali jika terus mencari apa yang ditemui hanyalah keindahan Islam.
“Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.
“Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imraan: 85)
“Jadi, siapa sebenarnya yang akan rugi di hari akhirat kelak?,” katanya.
Menurut Ayub, adalah tidak mudah sebenarnya untuk beliau menerima Islam kerana dirinya sangat berpengetahuan dalam ajaran Injil itu sendiri sehinggakan banyak mengunjungi tempat suci orang Kristian di seluruh dunia. Peluang yang tidak diperolehi oleh penganut lain.
“Ditambah dengan persekitaran hidup dalam biara dan sentiasa dipantau oleh pihak gereja sehinggalah oleh pihak Vatican di Itali,” katanya.

Namun 4 September 1978 mencatatkan tarikh yang bersejarah apabila paderi ini akhirnya dengan seikhlas hati mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu yang tidak disekutukan dengan mana-mana makhluk lain termasuk Nabi Isa a.s.
Beliau diIslamkan di bumi Sarawak sebagai saksi dengan dibantu oleh Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tun Patinggi Abdul Rahman Yaacob.

“Jadi, tahulah anda dari mana saya mendapat nama Abdul Rahman selepas saya memilih Ayub sebagai nama Islam saya,” katanya.
Rupa-rupanya tindakan Ayub memeluk Islam itu bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak namun yang lebih tidak sangka-sangka sehingga membahayakan nyawanya pada masa itu.
“Tidak dapat dilupakan bagaimana takut dan ngerinya saya pada masa itu apabila rumah yang saya diami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu.
“Tidak sangka tindakan saya memeluk Islam tidak disenangi oleh sesetengah pihak,” katanya.
Demi keselamatan dirinya, Ayub terpaksa menyembunyikan diri di Jeddah, Arab Saudi dan di Tanah Haram, Mekkah Al Mukarramah selama tiga tahun.
“Tetapi begitu sekali kekuasaan Allah! Jika tidak kerana persembunyian ini tentulah saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya benar-benar bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini hebat.
“Bagai tidak percaya, baru sehari dua mengucapkan kalimah syahadah di tanah air tetapi Rumah Allah, Kaabah itu kini berada di hadapan mata dan saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Seumur hidup tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar merasakan diri ini begitu kerdil dan hina berbanding nikmat iman yang diberikan oleh-Nya kepada saya,” katanya.

Selama tiga tahun itu, Ayub mengambil kesempatan mendalami Islam dalam semua aspek terutama al-Quran bagi menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan sebagai seorang yang baru dalam Islam.

Hanya kebelakangan ini sahaja, Ayub memberanikan diri berdakwah secara terbuka termasuk memasuki segenap pelusuk pedalaman Sarawak dan Semenanjung bagi menyebarkan Islam sambil melakukan pelbagai kerja kebajikan.

Namun seperkara yang menarik mengenai Ayub ini apabila setiap hujung minggu, beliau ‘menukar’ statusnya sebagai pemandu pelancong.

“Hujung-hujung minggu saya pasti berada di perkarangan masjid-masjid di sekitar Kuching. Di situ saya berperanan sebagai pemandu pelancong kerana ramai menjadikan Masjid Bahagian Kuching sebagai destinasi kunjungan mereka setiap kali datang ke sini.
“Daripada mereka terjengok-jengok dan tiada sesiapa membantu untuk menjelaskan fungsi dan peranan masjid, adalah lebih baik saya menemui rombongan pelancong yang rata-ratanya warga Barat itu dan mengajak mereka masuk dan melihat sendiri keadaan dan suasana masjid,” katanya yang telah tiga kali mengerjakan haji dan bercadang ke Tanah Suci sekali lagi tahun ini.
Kebanyakan mereka ini, kata Ayub, mempunyai salah tanggapan mengenai Islam dan masjid itu sendiri. Ini termasuklah percaya terdapat patung Nabi Muhammad dalam masjid kerana menganggap baginda merupakan tuhan yang memperkenalkan agama yang mereka panggil sebagai “Muhamaddan”, golongan wanita dinafikan hak mereka untuk beribadat di masjid dan sebagainya.
“Jadi saya ajak mereka masuk dan lihat sendiri akan ‘patung’ tersebut. Ini kerana mereka mungkin menganggap ajaran Islam seperti ajaran Kristian yang terdapat patung Jesus di dalam gereja.
“Tetapi apabila mereka mendapati suasana di dalam masjid tidak seperti yang mereka sangkakan, lalu mereka kehairanan. Di sinilah saya mengambil kesempatan memberi gambaran sebenar mengenai masjid dan terangkan mengapa tidak perlu adanya sebarang patung, apa itu arah kiblat dan sehinggalah mengapa diasingkan jemaah lelaki dan perempuan.
“Apabila tiba waktu sembahyang, saya meminta mereka melihat sendiri bagaimana orang Islam sembahyang dan saya bersedia menjawab apa juga persoalan yang diajukan selepas itu.
“Begitu juga apabila kedengaran seruan azan yang mereka anggap sebagai lagu ibadat paling merdu yang pernah mereka dengar, saya akan jelas makna di sebalik ‘lagu merdu’ itu,” katanya yang menggunakan kelebihan berbahasa Jerman dan Inggeris bagi tujuan ‘dakwah’ itu.
Ketika ditemui penulis, Ayub sedang membantu seorang lagi saudara baru iaitu merupakan pelancong Finland yang menghadapi pelbagai kesukaran di sini.
Lawatannya di kampung-kampung masyarakat Melayu di sekitar Lumut, Setiawan dan Seri Manjung, Perak baru-baru ini menyebabkan lelaki Finland ini begitu tertarik kepada Islam dan terus memeluk agama itu.
“Tindakan itu menyebabkan isterinya di Finland begitu marah dan menganggap apabila suaminya itu memeluk Islam bererti dia akan menjadi pengganas serta menggalas senjata. Lalu keluarga pelancong ini memberi amaran jika dia pulang semula ke negaranya itu, dia akan mati ditembak.
“Jadi siapa sebenarnya yang ganas? Malah mereka menganggap kehadiran Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke negara ini baru-baru ini semata-mata untuk merekrut askar dan tentera di kalangan orang Islam di negara ini untuk tujuan keganasan. Sehingga begitu sekali tanggapan mereka mengenai Islam,” katanya yang sedang membantu mengenai kebajikan pelancong itu di sini.
Berkahwin dengan Baiti Adenan, 59, dan mempunyai dua anak lelaki, Musa, 22, dan Isa, Ayub, 20, meniti kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.
Menariknya, beliau lebih kerap memanggil anak-anak lelakinya itu dengan panggilan ‘Moses’ and ‘Jesus’.
“Pernah ada yang meminta kepastian dari saya, benarkah dengan menggunakan telefon bimbit saya sedang bercakap dengan Nabi Musa dan Nabi Isa?,” katanya sambil tertawa kecil.
Setiap tahun, melalui satu pertandingan, anggota-anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Kuching Sarawak akan merebut piala yang dianggap berprestij di sana, iaitu Lazaramah Viagulam Challenge Throphy. Tetapi apa kaitannya dengan Ayub?
“Piala ini sebenarnya dari saya bagi menggalakkan anak-anak muda supaya menderma darah bagi membantu Tabung Darah Negara dan nama piala itu merupakan sempena kasih sayang saya yang tidak ada tolok bandingnya lagi terhadap ibu saya yang tercinta (Lazaramah, 80).
“Ibu saya itu merupakan manusia kedua terpenting dalam hidup saya selepas Allah dan Rasul-Nya.
“Walaupun dia masih Kristian tetapi tidak ada apa yang boleh menghalang kasih sayang kami,” katanya yang begitu gembira kerana dapat berjumpa bagi meraikan hari lahir ibunya baru-baru ini.
Ayub benar-benar Muslim yang berbeza. Beliau mempunyai senarai kerja kebajikan yang panjang di Kuching. Antaranya Out Reach HIKMAH, Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Sarawak, Jawatankuasa PERYATIM, Sarawak dan Perkim Sarawak.
Sumber Asal: Utusan Malaysia Online 25 Mei 2006


Tuan Haji Ayub merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang. Latar belakang keluarganya adalah Roman Katholik. Pendidikan awal beliau di Penang & kemudiannya di St. Joseph, Ipoh. Pernah belajar di Germany, Switzerland dan England. Pernah berkhidmat di St Augustin Monastry di Casa Domitila di Rome, Itali. Bekas Paderi Kristian Katholik ini pernah mencapai status International Forgiver of Sins. Beliau kembali kepangkuan Islam pada tahun 1978. Aktif melakukan dakwah di bawah Rabithah Al Alam Al Islami (Arab Saudi) dan HIKMAH Sarawak. Pernah menyertai dengan sepenuhnya program perbandingan agama intensif di Mumbai, India bersama Dr. Abdul Karim Zakir Naik. Beliau bergiat aktif dalam bidang dakwah di seluruh tanahair & kini beliau adalah pengerusi Pertubuhan Tunas Islam Sarawak.

Jan 5, 2010

Classification of Microorganism




Fakta berkenaan microorganism biasanya ditanya dalam soalan objectif
Pastikan semua intan2 payung membaca semua fakta & teori berulang2 kali
InsyaAllah kalau tiada aral sikit demi sedikit anda akan ingat semua nota ini tanpa sengaja pun
Semoga berjaya :)

Nov 28, 2009

I break a desire for a better desire

Being a Teacher is not my destiny..not in the first place i think because i like to deal with people around the world; Now i want to be a businesswomen...
However, i put my family in the first place in every decision that i had made..
When i 17 years old, my family had transferred to Sabah..my father was Manager of a Plantation Estate

~AD-SAPIENTIAM - kearah kearifan

I really don't want to go to Tawau...i love to be a part of SMK CLIFFORD, Kuala Lipis..
I have a lot of friend there, Brass BAnD team..mei2, azimah, akmeza and others

But..family come first, i need to build back my motivation in my NEW SCHOOL, SMK KUHARA, Tawau...

Hum..my add maths was failed in my first exam..so sad
Before this i can get 80 and above..
Huhu so tough to be in a new school, no body know me..
My add maths teacher in my old school decided to teach Differentiation & Integration in Form 5
But in the new school that was different, they learn differentiation in Form 4 and will learn integration in Form 5 [follow the syllabus]
Huhu..

But..the good new is my English is improved
Here, i learn English with my classmates
They are so kind, they frequently speak English wherever they are...
I also think...is better they speak in English rather than Malay because they can't speak well in Malay
Most of my classmates are Chinese [mostly Christian - they always joining English bible recitation session at church]
Thanks to All My Friend [J, N, Erin, Karlina, BUrhan, Amsah, Noi, Lelek]
Jocelyn thanks to you, i really appreciate what ever you do to improve my English...

My Result & My Comment
1) BM B3 - don't like but i need to study
2) BI B4 - same as above comment
3) Maths A1 - haha..achieve my target
4) Sejarah B3 - not a favorite subject but i know who i am..I am MALAYSIAN..hehe
5) PI A1 - not good enough but i don't know how i get this..Syukran ya ustazah
6) Physics 4B - that great..my most favorite subject
7) Biology 4B - also my most favorite subject..huhu it must be an A
8) Chemistry 5C - i don't read the book..my brain was blank, i was blur..
9) Add Maths 5C - how come the questions maker know i didn't learn differentiation, lot of them in exam paper..isk3

~~Alhamdulillah i had offered to KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

In my opinion, WE need to improve from 1 stage to another continuously [KAIZEN]
I always believe in myself and what Allah's give to me...

I was offered to be a Technical Engineer before i was took my last year exam
I am start working after the exam on 15th of May 2008 without 'honeymoon' like all my friends do.

Then, i decide to totally change my life to be a Great Teacher Zawani [hopefully]

And actually this is what my mother and my future husband want me to be..

[did you enjoy learning Science with me!!!]

Being a TEACHER..

I am your teacher if you enjoy learning with me......

AND

I am your teacher if you want to be my students....

FoOtNotE:
Don't judge book by its cover
Intan payung please do your best and don't you ever give-up
Learn the lyrics of 'That's the way' - Celion Deon

Nov 26, 2009

(- -') PeRpiSahAn iNi AdA HikMaHnye

"Dipersilakan Cikgu Zawani untuk memberi ucapan,
semoga kata2 beliau dapat memberi ....."

"Assalamualaikum WBT,
Yang dihormati Pengetua STIAS,Pn Hajjah Adziyah..
Ustaz2 dan Ustazah2 serta Guru yang saya hormati

Hem..bla3 bla3
Saya minta maaf kalau selama ni saya nampak macam budak kecik
Saya nak tegaskan disini saya bukan budak kecik
Saya penah kerja kat luar
Saya dah jumpa ramai orang
Tolong jangan pandang rendah kat orang lain

Memang saya tak de waktu bangunan ini dibina
Memang saya tidak memberi sumbangan apa2 terhadap sekolah ini
Tapi tak pernah terlintas dihati saya untuk jadi 'Guru Singgahan'
Kalau saya singgah saya tak kan pernah berusaha untuk mengajar kamu
Memang Allah yang tentukan saya berada disini

Saya sayang kamu semua
1M cikgu sentiasa sayang kamu biarpun cikgu dah bukan guru kelas kamu lagi
2G wake up my dear
2K try your best
2M maintain your performance
4M good luck for SPM
5M do the best for my PaPer
Hope you happy having me as your teacher

Urm [air mata asik nak keluar]
Terima Kasih sebab bagi saya peluang mengajar kat sini
Assalamualaikum"

sebahagian dari UcApAn tu..
Aku sebenarnya malas nak cakap
Asik nangis je bila cakap

Waktu lepas malam aku panggil MuhaiMin & Zul FiQar
Pas aku rotan pelajar perempuan [baru tu la kali pertama]
Teruk aku kena
Macam2 orang cakap
AfiQah, Kak Umi, Kak Huda n Azura jadi mangsa keadaan
entah bila masa jadi @ wujud GENG ZAWANI
[afikah kate kak kite tak penah kaco orang pun,
nape nak takut kite geng pe ni..mcm kite gengster je
GENG BUS SEKOLAH ade la..HUhu nangis]
Maaf la kalo tindakan cikgu ni yang tak berhikmah
Tetapi tidak pernah sekali2 saya merotan dengan perasaan MaRAH
Kalo saya tak fikir saya tak tengok @ tanya kamu~~

"sakit ke tangan kamu,
lain kali jangan buat lagi saya tak berniat pun nak rotan kamu"
"tak de la cikgu memang kami yang degil,
nasib ada cikgu rotan kami..patut saya yang minta maaf"
tQ WarDah kamu pun orang yang paling memahami Cikgu
Cikgu doakan kamu berjaya
Cikgu nak lihat kamu lebih baik dari saya
Teruskan usaha INTAN PAYUNG semua
Maaf cikgu tertinggal 1K dalam ucapan saya
"Maaf ye, cikgu nak kamu kalahkan pelajar 1M"
Kena jawab "BoLEh!!!" tau

Nota kaki tangan:
Maaf sangat sebab cikgu tak ajar kamu dengan baik ye

Nov 25, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah

"A...hah tak tahu result dah kuar" Best waktu ni aku bersungguh2 tak tido malam nak tau prestasi pelajar
Ye la first time jadi cikgu kan
~[excited lebih tapi student tak tau la excited atau stress]




Tengok3 ~~ kalo A senyum je sampai tingga kalo E kena usaha lagi
Man Jada Wa Jada, Waman Daro A Hasoda

Heee...GELOMBANG BARU KAT STIAS
Hari ke-3 exam markah sains dah terpampang kat tepi bilik guru
Aku rase STIAS perlu perubahan~dah nak masuk Universiti
kena la bagi pelajar rase perasaan di U
Suasana tu yang penting
Biar sentiasa bersedia



DULU waktu kat UTeM
Baru exam 2 paper esok dah ada markah kat luar bilik lecturer
Kena biasakan perubahan yang baik buat pe tolak
Kalo bidaah pun hasanah kan



Tu perkara biasa salah fahaman
Sama la macam BI bleh jadi bidaah
Tapi hasanah kan, tp ada yang tak berfikir tak nak pulak terima
Kalau macam tu ISLAM hanya untuk orang yang tau Bahasa Malaya je ke?
Abis dulu kan ISLAM dari Mekkah?
Guna bahasa Arab
Bila masa tukar Bahasa Malaya?

Orang Inggeris pulak tak boleh masuk Islam ke?
Quran tak boleh buat translation dalam bahasa Inggeris ke?
Kenapa Sheikh suruh Ustazah Ummi translate kitab yang berbahasa Arab?
Sebab nak bagi orang yang belum faham bahasa arab dapat baca kitab tu juga
Dan untuk tujuan DAKWAH juga intan payung...
Persoalannya 'gapo mu nok kecek gitu kat ore lain'
Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2
Baca kalo sudi..
Aku akui aku pun tak suka BI
Tapi tak da sampai menolak habis2
Tak elok tu
Ilmu tetap dari Allah S.W.T.
Walhal hal yang sekecil zarah hinggalah yang sebesar alam ni
Semua disebut dalam Al-QUran
Termasuk sains tau
Sape yang tak kaji betul2 baru la cakap:

"Sape yang blaja SCienCe dan BI ni celaka"

Muhasabah la diri kite balik kalo kita pernah terkata macam ni kat sesiapa sebelum ni





Kak Umi [tQ atas segala sokongan akak]

Tapi ada juga yang sokong kite tak semua yang jumud pemikirannya
Jumud la kalau nak pergi PUSAT SAINS pun tak boleh
'Persoalannya betul ke tak boleh, haram ke?'



Anak murid aku pun boleh jawab
AbDuL MuHaiMin
Hee..



Kite amik yang jernih jela

Kawan kepada Abdul Muhaimin, Muhammad yang dulu mintak ni




"Zah, lagi dua je nak lulus zah"
"Haa..2 pun markah juga tau, saya dah cube cari tapi tak dapat nak tolong kamu"
Tapi nak tau tak dia dapat apa waktu periksa akhir tahun?
Dapat yang lebih kurang cam ni tapi ni Abdul Muhaimin punya



Alhamdulillah dari 38 markah Muhammad naiiiiik sampai 62
Tinggi nih
Aku tahu tahap pelajar dengan standard soalan aku yang
SUSAH GILE
Bagi aku kalo gini dah 'A+'

"So, my beloved students try your best
YOu are what you think you are"
[kalo rasa nak gapai yang tinggi aim kena tinggi]


TQ atas usaha kamu semua
4 al-Maliki: Isma,Farah,Husna,Izzah,Elia,Syira,Suroyya,Muhammad,Muhaimin,Hanis,Saufi,Zul FiQar,Najmudin, Asyraf,Syakir,Hakim,Syazwan


"Semoga berjaya"

Biarpun kejap
Cikgu suke dapat berjumpa kamu
Jadi guru kelas kamu
Kamu yang terbaik diantara yang terbaik


Nota kaki tangan:
Aku bukan budak kecik lagi...jangan pandang rendah kat orang kalo tak nak orang pandang rendah kat diri kite









Temudagu Di Maahad Pilihan

"Kak pengetua dah tengok resume saya"
"Tak lagi pengetua sibuk, nanti akak telefon zawani balik k...jangan asik telefon"
~~isk2 nampak sangat bersungguh2 nak jadi cikgu kat Maahad ni~~


Haaa aku balik kerja macam biasa la kul 6.30 pm baru sampai depan pintu umah..
Letih3 kena kerah tenaga sehari
Maklum la proton MPV nak masuk 2 stage dah...
Lagi la banyak keje
Biarpun tak masuk gaji dah memang confirm

Janji dah kerja sampai 31 Dis jadi kena juga berusaha
Tak pernah aku terfikir nak benti kerja tapi tinggal semua benda cam tu je
Jadi aku OT tiap2 hari bagi settle semua dengan puas hati

(^_^) Dulu waktu aku datang pasir je sekarang dah ada tile

Dah nak pi interview pas ni...






Aku Pilih Jalan Ini




~~~Bila aku buat keputusan hendak berhenti kerja
"Bi, fikir la betul2...baru kerja kat T [bukan name sebenar] dah nak jadi cikgu pulak"
"Kite kerja teruk, tak de orang nak faham...kite susah keje, kite penat..kadang2 kite nak tengok tv same2 dengan family tapi kite tak larat dah penat sangat"
"Keje je la nape nak fikir sume tu"
"Kite nak kerja kalo kite rasa nak solat pun xselesa?, dia tak tau ke ramai orang Islam kerja kat kilang tu? Bila pergi kilang lagi satu lagi la tak ada surau..kita solat dalam stor..orang kat situ tak solat tapi tak merunggut..cam ni punya tempat kite nak kerja lagi ke"
"Suke ati la bi, nanti ada masalah jangan nak menyesal"
Fuh panas je...pe yang aku nak buat sume pun tak sokong ape aku

;p [sekadar hiasan dulu ada pc sendiri, tempat kerja seeejook]
memang nanpak cam best tapi tak solat kat akhirat lak panasnyeeeer(- -')

Dulu waktu aku kerja kat T~~~
"Bi nape hari ni pun balik lambat?"
"Kite kena pergi produa ni, ada meeting tapi tak tau kul brape balik"
"Naik pe?"
"Kete kawan, nanti amik kite kat kilang dalam kul 10"
"Abg ham nak pergi solat tarawih dulu Bi...sebelum kul 12 abg ambil"
"Ye la, tak pe kite pun ada drawing jig tak siap lagi"

(^_^) sape tak cair tengok kalo dah cam ni...

Hem~~~~
Lama aku fikir...
Lama aku duduk dalam bilik sorang2
Galang gantinya kalau aku degil,gaji aku tak de bulan ni..
Cam ne nak bayar duit kete..
Sian abah

Tapi aku mula rasa tak suke kerja kat sini
Hem anto mesej kat abah tengok dia sokong tak aku ???
:)
"Abah, kita nak benti kerja kita nak jadi cikgu"
"Nape ada masalah ke? bincang dengan mak elok2"
"Masalah nya kecik je...kite xkisah tak dapat gaji bulan ni tapi kite pikir abah je nak bayar dua kete lagi??"
"Abah tak kisah Bi, rubi muda lagi...jauh lagi perjalanannye..."
Huuuu [nangis pulak]
"Abah ape yang abah tak suke dengan perangai kite?"
"Abah sayang sume anak abah, rubi tegas dan berketerampilan..abah xkisah dan tak de masalah dengan keputusan rubi.."

Aku tak balas dok nangis lagi...
Terharu dengan ape yang abah bagitau..

Tibe2 abah call pulak [masa tu dalam kul l lebih]
Lama tenung hp
tapi...aku angkat juga call dari abah

"Bi, memang orang tak faham ape yang kite nak buat..yang penting kite tau niat kite"
"Ye kite tau tapi kite tak tahan dah keje sana tapi serba salah dengan mak abah..
kite tak de gaji bulan ni..elaun pun dia potong"
"Ada surat perjanjian?"
"Ada kite xkisah gaji tapi elaun pun dia ambil juga"
"Kite OT tanpa gaji...tapi dalam perjanjian tulis gaji je dia ambik, bukan elaun"
"Tak pe la ada rezeki rubi kat tempat lain"
~~sedikit sebanyak kata-kata abah jadi kekuatan buat aku...

hem xpe la solat pastu tido..sok aku kena kerja lagi...

nota kaki tangan:

sejap pagi tadi aku asik telefon je ustazah kat maahad as-sofa tu, agak2 dapat tak keje..macam dia marah je tadi aku asik tepon
Mesej kepada kawan bila dah dapat tawaran kerje di Maahad As-Sofa:
"Yati, ada berita nak bagitau..wani dapat offer jadi cikgu kat Maahad As-Sofa..
sekarang tengah keliru sebab kena berhenti bulan ni juga tapi maybe wani kena bayar 3 bulan gaji sebab wani notis sebulan je"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

Name:
Order Description / Tempahan Jahit Baju Kurung:
Email Address:
H/P number:
Payment Method:
Delivery Method:
Address:
Suggestions and Comments:
Ukuran Bahu:
Ukuran Pinggang:
Ukuran Punggung:
Labuh Baju Kurung (ukur dari bahu ke bawah lutut):
Labuh Kain (ukur dari pinggang ke tumit):

Get your own free form like this one.